6 Cara Bagaimana Elak Bayi Tersedak Susu

6 Cara Bagaimana Elak Bayi Tersedak Susu

6 Cara Bagaimana Elak Bayi Tersedak Susu – Bila kita terima orang baru dalam keluarga,kak fara faham ibu-ibu mesti gembira. Tapi dalam gembira, pasti ada terselit kepenatan.

Penat menyusukan bayi kan?

Tapi jangan pernah mengeluh ye ibu dalam menyusukan bayi. Besar pahalanya bagi ibu yang berjaga malam demi menyusukan bayinya.

Kak fara pernah melalui pengalaman tu masa susukan Mariam.

Penat,mengantuk,stress semua ada. Tapi kak fara positifkan diri. Cekalkan hati sebab kak fara dah berniat untuk susukan Mariam sehingga 2 tahun. Alhamdulillah Allah permudahkan.

6 Cara Bagaimana Elak Bayi Tersedak Susu

Kak fara nak kongsikan dengan ibu semua, 6 cara bagaimana elak bayi tersedak susu.

Terutama bayi menyusu pada waktu malam,memandangkan ibu penat pada waktu itu. Pasti ada yang terlepas pandang. Tak pe, jom baca macam mana cara nak elak bayi tersedak susu ye.

1 Tak kira sama ada anda breastfeed anak ataupun susu botol, pastikan kepala anak lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula ibu/ayah kena pegang dalam kedudukan 45 hingga 60 darjah supaya susu tak tersekat di tekak baby & menjadi penyebab baby lemas.

6 Cara Bagaimana Elak Bayi Tersedak Susu
2. Pastikan ibu kerap check saiz lubang pada puting botol anak. Jangan biarkan lubang puting terlalu besar sampai susu laju ja keluar.

3. Utk baby yg breastfeed, ibu kena pastikan yang semua kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut baby.

4.Jangan letak anak di atas lantai semasa menyusu. Cara terbaik adalah dengan mendakapnya & menyusu.

5.Jangan lupa Sendawakannya. Untuk keluarkan angin dan mengelakkan baby muntah lepas menyusu. Tengah malam time ibu mengantuk sekalipun, jangan lupa sendawakan baby. Sangatlah penting mengelak tersedak susu selain memberi keselesaan perut buat anak.


6. Lepas susukan anak,biar anak tidur mengiring. Jangan biar tidur terlentang apatah lagi biarkan anak tidur dalam buaian tanpa pengawasan.

Kak fara harap ibu dan ayah di luar sana peka dengan keadaan sekeliling semasa bayi menyusu. Jangan asyik main handphone je taw!

Semoga Allah pelihara anak-anak kita dan permudahkan urusan ibu-ibu di luar sana.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *