Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang

Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang

Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang – Sembelit dan ibu berpantang memang tak dapat dipisahkan.Kak Fara sendiri pernah mengalami ‘saat pedih’ tu.

Azabnya nak membuang hanya Allah yang tahu.

Dalam keadaan ketakutan dan bimbang jahitan miss V terbuka, tetapi pada masa yang sama tetap perlu membuang.

Ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah sembelit ni selepas melahirkan anak.Nak tahu kenapa?

Meh Kak Fara sambung lagi sebelum cerita tentang makanan dan minuman untuk elak sembelit ketika berpantang.

Kenapa Sembelit Selalu Terjadi Selepas Bersalin?

Kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan.

Sebenarnya adalah normal jika ibu tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi.

Ada juga sebab-sebab fizikal ibu mungkin tidak boleh membuang air besar kerana:

  • Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • Ibu melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse
  • Ibu mengambil pil zat besi yang boleh menyebabkan sembelit
  • Ibu mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan.

Jadi macam mana nak elakkan sembelit terjadi lebih serius dalam tempoh berpantang?

Sebab tu Kak Fara suka sarankan pembaca jaga makanan dan minuman untuk elak sembelit ketika berpantang. Jangan main bedal je nak makan semua taw.

Tahan nafsu makan tu untuk 44 hari sahaja.

Kalau luka miss V dah sembuh lebih awal,rezeki ibu dapat makan yang sedap-sedap.

Ok jom tengok jenis makanan dan minuman untuk elak sembelit ketika berpantang.

Air Kosong

Air masak adalah penting untuk kita elak sembelit.

Kalau ikut petua orang tua, kita memang tak digalakkan untuk minum banyak air sebab tak nak perut kita kembang. Maksudnya di sini adalah, kita minumlah air dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit.

Takde la kembang perut.

Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang

Buah-Buahan

Buah seperti oren dan kurma sangat membantu untuk melawaskan perut untuk memudahkan kita ke tandas.

Buah-buahan mengandungi banyak vitamin dan zat besi yang membantu untuk melembutkan najis supaya kita tak payah nak teran teruk-teruk semasa membuang.

Tapi buah oren tak semua ibu sesuai.

Macam kak fara tak sesuai sebab baby jadi cirit lepas Kak Fara makan oren.Atas masing-masing.

Masa kak fara berpantang, buah kurma dan juga prunes memang menjadi snek apabila lapar.

Bila kerap menyusukan anak memang akan lapar sentiasa.

Tapi masa pantang manalah boleh makan sesuka hati, jadi inilah buah-buahan yang menjadi peneman perut yang lapar.

Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang

Jus Buah

Kalau tak suka makan buat sebagai snek harian yang sihat, kita boleh buat jus buah. Fungsinya sama je macam kita makan buah. Tapi, janganlah letak gula pula. Lain penyakitnya nanti.

Sayur-Sayuran Hijau

Yang ni cik misi selalu pesan dekat kak fara. Almaklumla kak fara bukan penggemar tegar sayur sangat Hee.

Makanan Dan Minuman Untuk Elak Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit memang menakutkan, tapi ianya boleh dielakkan.

Pastikan ibu tak berlengah untuk ke tandas tau sebab takutkan luka jahitan yang masih belum sembuh.

Lagi kita tahan, makin keras najis kita dalam tu. Bukan setakat masalah sembelit je nanti, buasir pun boleh kena tau!

Artikel akan datang kak fara akan kongsikan tips membuang semasa berpantang supaya luka jahitan tak terbuka.

Masa berpantang adalah masa kritikal untuk kita pulihkan kembali anggota badan kita supaya kembali bertenaga untuk melakukan kerja-kerja harian.

Jadi, masa berpantang ini, ibu-ibu mestilah mengamalkan petua-petua berpantang dengan teliti supaya badan kita tak cepat sakit-sakit masa dah berumur nanti.

Penting tau untuk kita berpantang dengan betul.

Ikutlah cakap orang-orang tua walaupun pada kita ianya tidak masuk akal. Percayalah ianya adalah untuk kebaikan kita di masa akan datang. Jaga makanan dan minuman untuk elak sembelit ketika berpantang.

Selamat berpantang ibu semua!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *