Perlu Atau Tidak Sendawakan Bayi Selepas Menyusu ?
Perlu Atau Tidak Sendawakan Bayi Selepas Menyusu ? – Hari ni kak fara nak sembang mengenai topik Perlu Atau Tidak Sendawakan Bayi Selepas Menyusu?
Rata-rata ibu ramai yang ambil remeh mengenai sendawakan bayi selepas menyusu ni. Terutamanya bagi bayi yang menyusu botol. Sendawakan bayi sangat penting bagi mengelakkan bayi tersedak susu terutamanya.
Ya, Perlu Sendawakan Bayi Selepas Menyusu
Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.
Yang ni la buatkan bayi mudah meragam. Diorang nak bagitahu tak boleh sebab masih kecil.Jadi tangisan dan ragam merupakan ‘signal’ kepada ketidakselesaan diorang.
“Ini lebih kerap berlaku kepada bayi yang menyusu dengan botol, kerana mereka minum dengan lebih cepat,” kata Dr Landau.
“Tetapi bayi yang minum susu payudara ibu menelan udara juga, terutamanya jika ibu mempunyai susu yang banyak atau bayi itu sangat lapar dan ingin minum dengan cepat.”
Posisi Terbaik Untuk Sendawakan Bayi
Sandarkan pada bahu – Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa:
Cara meniarap – Tiarapkan bayi atas paha. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan:
Dudukan Bayi atas paha – Dudukan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi bersendawa.
Tips untuk menyendawakan bayi
- Lindungi pakaian anda dengan kain apabila menyendawakan bayi
- Selalu sediakan kain, atau bib dalam jangkauan tangan sekiranya bayi muntah.
- Tepukan yang lembut atau gosokkan biasanya boleh menyebabkan sendawa itu keluar, tetapi untuk sesetengah bayi mungkin tepukan yang kuat sedikit diperlukan.
- Tumpukan tepukan anda pada bahagian kiri belakang bayi, kerana perut bayi terletak berdekatan situ.
- Jika bayi merengek semasa menyusu, ini mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa dari udara yang ditelan. Berhenti menyusu sebentar dan cuba sendawakan bayi dulu sebelum memberinya susu lagi.
Jadi lepas ni, korang cuba amalkan teknik sendawakan bayi dengan betul seperti yang kak fara kongsikan di atas ye. Cuba elakkan masalah yang tidak diingini seperti tersedak susu.
Jangan ambil remeh ye perkara sebegini!
P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS <<
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS