Kenapa Bersalin Secara Cesarean Hanya Boleh 3 Kali Sahaja ?
Kenapa Bersalin Secara Cesarean Hanya Boleh 3 Kali Sahaja ? – Tak semua ibu hamil meminta untuk bersalin secara cesarean atau pembedahan c-section ini. Mungkin ada segelintir yang ‘sengaja’ meminta untuk bersalin dengan kaedah ini,tetapi tidak semua dibenarkan.
Hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu sahaja di benarkan untuk bersalin dengan kaedah ini. Kak fara sendiri lebih memilih untuk bersalin secara normal walaupun ramai yang berpendapat bersalin secara cesarean tidak ‘menyakitkan’ .
Tetapi kalau korang nak tahu,bersalin secara pembedahan cesarean di Malaysia hanya dibenarkan setakat 3 kali sahaja. Nak tahu kenapa?
Jom baca kenapa bersalin secara cesarean hanya boleh 3 kali sahaja ?
Risiko Pada Pundi Kencing Dan Kecederaan Usus
Pundi kencing lebih berisiko untuk cedera pada cesaerean yang kedua dan seterusnya.
Lebih berisiko apabila tisu yang kembang pada dinding rahim pada pembedahan cesaerean yang lalu tidak mengecut dengan baik. Keadaan ini juga mengakibatkan masalah halangan pada usus dan mengganggu sistem pencernaan badan.
Pendarahan Yang Serius
Pendarahan yang serius boleh berlaku setiap kali selepas pembedahan cesaerean,malah lebih teruk apabila berulang kali melakukan czer.
Pendarahan yang terlalu serius memerlukan kepada proses transfusi darah bagi mengelakkan ibu mengalami masalah yang lebih serius seperti hypovolumic shock.
Plasenta Bermasalah
Plasenta atau orang melayu kita panggil ‘uri’.
Jika seorang ibu lebih kerap melalui pembedahan cesaerean, lebih tinggi risiko ibu itu untuk mempunyai masalah dengan plasenta seperti plasenta akreta dan plasenta previa.
Satu kajian menunjukkan bahawa risiko plasenta akreta meningkat daripada 0.24 peratus selepas cesarean pertama kepada 2.13 peratus selepas cesarean keempat.
Kak fara tahu dan yakin pasti ada ibu di sini yang pernah melalui proses melahirkan secara czer lebih dari 3 kali. Sebenarnya ada orang yang boleh bertahan sehingga ke tahap itu.
Bergantung pada tahap ketahanan badan seseorang.
Malah di luar negara,ada ibu yang pernah melalui czer sehingga 8 kali.
Tetapi pada hari ini,setelah para doktor dan pakar kesihatan berbincang mereka sebulat suara untuk mengehadkan pembedahan secara cesaerean kepada 3 kali sahaja berdasarkan faktor-faktor risiko di atas.
Sayangkan badan, jangan pentingkan diri.
Badan kita nak pakai lama.
Tak salah beranak ramai, tetapi pilih kaedah yang paling terbaik untuk merancang keluarga supaya tidak memudaratkan diri sendiri.
Apa yang kak fara kongsikan di sini adalah untuk kebaikan bersama.
Jaga pemakanan, amalkan gaya hiduo yang sihat dan jangan lupa bersenam semasa tempoh kehamilan.
InsyaAllah boleh mengelakkan dari bersalin secara cesaerean.
P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS <<
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS