5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin – Ramai ibu memandang remeh perihal berurut selepas bersalin.Ada yang berfikir seolah-olah penat melahirkan anak ini perkara biasa. Sebenarnya berurut selepas bersalin sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu kembali seperti biasa.

Kak Fara ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai 5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin dan kebaikannya pada si ibu.

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Berurut Selepas Bersalin

Melegakan Sakit Di Badan

Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan, ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang, dan pinggang.

Sejurus selepas bersalin, anda masih terus mengerahkan tenaga untuk menjaga serta menyusukan bayi. Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya.

Urut bersalin dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

Melancarkan Perjalanan Darah

Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.

Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan.

Memeriahkan Susu Ibu

Banyak petua orang dulu-dulu mempercayai bahawa urut bersalin amat berkesan untuk mengatasi masalah kurang susu badan atau puting tersumbat.

Dari satu sudut, ia dilihat ada benarnya kerana pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stres. Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.

Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.

Mengembalikan Bentuk Tubuh Badan

Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan.

Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Peluang Untuk Ibu ‘Curi Masa’

Setelah seharian mengurus dan menyusukan bayi dalam tempoh berpantang, tentu ibu akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.

Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan bayi yang menangis.

Mempercepatkan Proses Pemulihan Selepas Bersalin

Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Umumnya, urutan selepas bersalin adalah selamat untuk semua wanita.

Namun, seeloknya wanita yang bersalin secara pembedahan menunggu sehingga 12-14 minggu sebelum memulakan sebarang rutin urutan. Pastikan luka anda telah sembuh dan anda boleh berbaring dengan selesa semasa urutan bersalin dijalankan.

Dapatkan tukang urut yang bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.

Jika ragu-ragu tanyakan pendapat doktor atau jururawat sebelum berurut.

Kak Fara dulu selepas bersalin memang mak WAJIBKAN berurut.

Lepas berurut tu memang sangat-sangat lega. Korang jangan pandang remeh ye perihal berurut ni ye. Kesan dia kalau tak berurut ni masa tua nanti baru korang nampak taw.

Jangan lupa kongsikan 5 sebab wanita perlu berurut selepas bersalin dengan kawan-kawan korang ye?


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *