Tips Kurangkan Rasa Sakit Ketika Contraction Pain

Tips Kurangkan Rasa Sakit Ketika Contraction Pain

Tips Kurangkan Rasa Sakit Ketika Contraction Pain. Bila dah tiba masanya untuk melahirkan anak, apa yang korang akan rasa adalah ‘contraction pain’. Apa tu? Ok, meh kak fara terangkan sikit.

Contraction pain adalah kesakitan yang akan dialami secara berbeza bagi setiap individu. Ramai yang fikir sakit ini adalah lebih sakit dari ketika bersalin..

Tetapi, kak fara tak nak korang terlalu risau tau. Contraction pain sekadar petanda bahawa tubuh badan korang sedang melakukan perkara yang betul. Jom ikut 6 tips kurangkan rasa sakit ketika contraction pain yang kak fara kongsikan kat bawah ini.

Tips Kurangkan Rasa Sakit Ketika Contraction Pain

1. Duduk Tegak Bersandar Atau Baring Mengiring

Jangan baring terlentang sebab berat bayi akan menyebabkan sakit belakang.

2. Alihkan Perhatian

Jangan terlalu fikirkan kesakitan. Cuba banyakkan berjalan selagi mampu untuk mempercepatkan bukaan serviks. Banyakkan berzikir bagi Muslim atau ajak suami berbual perkara yang romantik.

3. Basahkan Tekak

Untuk mengelakkan badan terhidrasi, kena banyakkan minum air putih atau zam-zam bagi memberi tenaga semasa dalam bilik bersalin nanti.

4. Jangan Skip Makan

Kak fara faham rasa sakit tu. Tapi, macam mana sakit sekalipun, jangan sesekali tinggal waktu makan ye. Korang perlu makan walaupun sedikit untuk dapatkan tenaga. Ambil makanan ringan tetapi berkhasiat seperti roti,kurma dan oat.

5. Teknik Pernafasan

Amalkan teknik pernafasan yang betul kerana teknik pernafasan yang betul sangat-sangat membantu si ibu daripada menjadi panik semasa sakit contraction. Bernafas dengan cara betul melalui tarikan nafas melalui hidung dan hembus secara perlahan melalui mulut. Pastikan hembusan nafas lebih panjang daripada tarikan nafas.

6. Urutan Belakang

Minta suami atau ahli keluarga untuk mengurut secara perlahan di bahagian belakang badan.Urutan ini sedikit sebanyak boleh membantu melegakan kesakitan si ibu.

Kak Fara waktu diawal dahulu pun rasa sakit. Tapi bila mengamalkan tips kurangkan rasa sakit ketika contraction pain ini, dah boleh laluinya dengan baik.

Kak fara harap dengan perkongsian tips kurangkan rasa sakit ketika contraction pain dalam artikel ini dapat memberi manfaat dan persediaan kepada bakal-bakal ibu diluar sana.

Lagi sekali kak fara nak pesan, jangan terlalu risau atau panik apabila berasa sakit. Ini perkara biasa apabila sampai masa para ibu bakal melahirkan cahaya mata. Buat terus secara konsisten.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *