Panduan Mengecilkan Perut Selepas Bersalin Secara Normal

Panduan Mengecilkan Perut Selepas Bersalin Secara Normal – Assalamualaikum semua pembaca blog MB. MB harap semua dalam sihat walafiat. Wahai ibu-ibu, MB tahu anda sering melihat ke arah cermin membayangkan jika mungkin suatu hari nanti anda mampu memiliki bentuk badan seperti sebelum anda melahirkan anak dahulu. Kan?

Memang kebiasaannya begitulah. Wanita suka kan kecantikan, begitu juga lelaki! Fitrah manusia suka melihat dan memiliki perkara-perkara yang cantik di mata mereka. Dan kadangkala anda merasa mustahil untuk memiliki bentuk badan yang seperti dahulu. Pernahkah anda berfikir sedemikian?

Bertenang. InsyaAllah, anda masih boleh menjadi rupawan seperti dahulu (dan anda memang sentiasa cantik rupawan di mata suami dan keluarga). Cuma sahaja, anda memerlukan beberapa usaha untuk ke arah itu.

Berikut MB kongsikan panduan mengecilkan perut selepas bersalin secara normal untuk korang ikut :

1. Menyusu

Hal pertama perlu anda lakukan untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal seperti dahulu adalah menyusu bayi anda. MB menyarankan aktiviti ini, kerana ia bukan sahaja membantu dalam proses untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal (fakta : Menyusu membakar 5000 kalori setiap hari), tetapi juga memberikan manfaat yang sangat besar buat si bayi.

2. Makan Sikit Tetapi Kerap

Haaa, ini seperti yang selalu disarankan oleh pakar pemakanan dan penjagaan badan. Biasakanlah diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi perbanyakkan aktiviti makan. Betul, cara ini nampak seperti tidak berguna tetapi percayalah ianya sangat efektf jika anda ingin mengelakkan terjadinya penumpukan lemak serta kalori dalam tubuh.

3. Pilih Makanan Yang Betul

Sungguh, tiada rahsia untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing. Ia mesti dimulakan daripada makanan itu sendiri. Pilih makanan-makanan yang bersifat rendah lemak dan rendah kalori. Tetapi sabar, jangan mengurangkan pengambilannya dengan sangat drastik.

Bayi anda memerlukan nutrisi-nutrisi daripada pemakanan yang anda ambil. Jadi seimbangkanlah dengan keperluan mereka, dan impian kita. Tentu sahaja untuk idea ini, boleh meminta nasihat daripada mereka yang dekat dengan anda seperti suami atau ahli keluarga yang lain.

4. Minum Air Masak

Haaa, air masak atau air putih ini adalah air yang ajaib kan. Fungsi air masak adalah untuk membersihkan kembali semua organ dalam tubuh terutamanya pada bahagian saluran pencernaan daripada pelbagai jenis kotoran dan toksik.

Selain mengambil air masak yang cukup, ia dapat membantu tubuh dalam proses hidrasi sekaligus melancarkan proses pencernaan supaya berfungis dengan lebih bagus. Air masak juga bukan sahaja dapat membantu dalam melangsingkan tubuh badan sahaja, tetapi pengambilan air masak yang cukup dapat membantu anda untuk kekal kelihatan muda! Haa, dah kurus muda lagi tu.

5. Bersenam

Bersenamlah. Secara ringan-ringan pun tidak mengapa. Lakukan aktiviti kardio sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan jumlah masa yang diperuntukkan satu sesi sekurang-kurangnya 30 minit. Aktiviti senaman ini menjadi lebih seronok jika lakukan bersama insan yang tersayang. Ajaklah suami anda untuk memberikan galakan buat anda.

Amalkan panduan mengecilkan perut selepas bersalin secara normal ini. MB tahu ia akan mengambil masa untuk kita tengok keberkesanannya. Tetapi bila buat secara konsisten setiap hari atau lebih kerap, inshaaallah pasti akan ada hasilnya. Jangan mudah mengalah okey.

Semoga bermanfaat!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *