Mainan Yang Sesuai Dan Betul Untuk Bayi 0-12 Bulan

Mainan Yang Sesuai Dan Betul Untuk Bayi 0-12 Bulan – Bila ada baby kecik, antara bahagian yang kak fara paling tak sabar adalah belikan mainan untuk si mariyam. hehe.

Kak fara punya happy kalah si mariyam. Yelah, masa zaman kak fara dulu mana ada peluang nak merasa mainan-mainan macam sekarang. Jadi bila dah beranak ni, excited la nak bagi anak pulak merasa kan.

Tapi nak beli mainan ni kena ada ilmu jugak taw. Jangan beli ikut sedap mata memandang je. Dan jangan beli ikut suka hati kita je. Beli ikut umur!

Ok, jadi hari ni kak fara share jenis permainan yang sesuai untuk umur 0-12 bulan dahulu. Kalau nak cerita untuk semua peringkat umur, panjang la cite dia.

Mainan Yang Sesuai Dan Betul Untuk Bayi 0-12 Bulan
Playmat gym untuk bayi berumur 0-3 bulan ke atas

Mommies pernah tengok tak playmat gym macam dalam gambar dekat atas ni?

Dekat shoppee banyak yang jual. Pandai memilih dapat la yang murah dari yang kedai punya. Hehe. Kak fara sekarang pun banyak shopping dari shoppee je. Cuma bab baju kena beli dekat kedai. Salah saiz naya. hehe.

Ok, playmat gym ni sebenarnya penting untuk anak kalau mommies nak anak cepat berkembang dengan bijak. Untuk 3 bulan pertama bayi, bayi tidak boleh buat apa pun kecuali matanya sibuk duk perhati kiri kanan dia.

Mommies perasan tak pada umur bayi 0-3 bulan, mata diorang asyik perhati kiri kanan? Itu tandanya diorang tengah perhati sekeliling diorang walaupun masa umur ni diorang hanya mampu melihat benda berwarna hitam putih sahaja.

Tapi….

Walaupun penglihatan diorang masih kabur,diorang masih boleh melihat objek yang berwarna terang. Sebab itulah digalakkan untuk berikan pada bayi berumur 0-3 bulan objek yang bewarna terang. Supaya penglihatan diorang boleh dirangsang dengan baik.

Kak fara pun tak terfikir benda ni semua taw. Bila dah membaca baru tahu.

Mommies jangan fikir kalau belikan mainan untuk ank-anak ni membazir taw.

Sebenarnya itulah cara dia nak meneroka perkara disekeliling dia. Sebab itulah banyak mainan direka dengan pelbagai bentuk dan fungsi. Bukan sesaja diorang reka taw. Ada fungsinya.

Antara jenis mainan yang sesuai untuk bayi 0-12 bulan:

  • Mainan yang mengeluarkan bunyi
    Merangsang deria pendengaran bayi.
  • Cermin yang tidak boleh pecah
    Cermin ni tujuan dia untuk merangsang penglihatan bayi walaupun dia masih kecil
  • Tikar lantai gimnasium (playmat)
    Untuk merangsang pergerakan bayi dan membolehkan bayi menggerakkan anggota badannya dengan bebas.
  • Mainan yang lembut, boleh dibasuh, berwarna-warni haiwan boneka atau anak patung dengan wajah tersenyum
  • Bola kain boneka kecil
Ni contoh mainan yang mengeluarkan bunyi
ni pulak jenis cermin yang tidak pecah sesuai untuk baby

 

ni lah playmat gymnasium untuk baby
ni contoh soft toy yang mommies boleh belikan untuk baby

Okai. kak fara rasa mommies dah clear macam mana dan jenis permainan yang nak dibeli untuk baby kan? Jadi jangan rasa membazir kalau nak belikan apa-apa untuk anak. Sebab anak tu pembawa rezeki untuk kita jugak.

Next artikel nanti kak fara akan kongsi mainan untuk bayi umur 1 tahun ke atas pulak.

Jumpa next artikel ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *