Tips Bijak Beli Baju Ketika Mengandung

Tips Bijak Beli Baju Ketika Mengandung

Biasanya, apabila kandungan dah menginjak ke usia 4-5 bulan, nak tak nak, ramai ibu mengandung terpaksa dapatkan baju lain.

Sebabnya, kebanyakan saiz perut ibu hamil waktu  ni dah semakin membesar  seiring dengan pertumbuhan pesat bayi  di dalam kandungan.

Walaupun ada orang yang mengandung 6-7 bulan pun masih boleh lagi pakai baju kurung (sayalah tu… hihihi), tapi bagi yang jenis perut besar, memang dah tak muat dah baju harian diaorang.

Nak beli atau shopping baju mengandung ni tak boleh main belasah jer tau. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Jom baca tips perkongsian dari blog puankutu ini:

Perut sekarang dah makin memboyot. Aku dah start pakai maxi sekali sekala. Seluar semua memang dah tak muat nak pakai. Tapi pergi kerja still boleh pakai baju kurung lagi.

Dalam kepala sudah merancang nak beli beberapa helai baju, tapi belum ada masa sesuai nak pergi shopping. Ada jugak aku belek-belek untuk beli online.

So far belum jumpa yang menepati citarasa. Ada yang berkenan mahal yang amat, tak praktikal nak beli lagipun aku jenis yang sayang duit. Sebenarnya nak tulis tak mampu.haha..

Tak semestinya bila mengandung kita tak boleh tampil awesome.

So kali ni menggatal pulak tangan aku nak bagi inspirasi tips baju walaupun aku ni sebenarnya buta fesyen.haha

Pakai pakaian sedia ada.

Kita boleh je pakai baju sedia ada asalkan longgar, selesa dan sesuai. Mengandung ni sekejap, jadi tak perlu membazir beli baju banyak-banyak lepas tu simpan muzium.

Aku hanya merancang beli beberapa helai baju, selebihnya pakai apa yang ada. Lagipun baju aku banyak jugak yang besar-besar sebab aku pernah kurus dan aku pernah berisi.

Bagi yang pernah hamil, sudah tentu korang punya sekurang-kurangnya dua tiga helai koleksi baju mengandung.

Bila aku selongkar gobok, aku jumpa koleksi maxi yang pernah aku pakai masa mengandungkan Aiman dulu. Setelah ditimbang tara, ada lebih kurang 6 helai yang masih elok. Sudah jimat disini kan?

Untuk tampil lebih update, aku matchkan maxi dengan cardigan.

Penyelesaian untuk maxi yang agak senteng, boleh digayakan dengan pemakaian legging. Nanti kena carik sehelai legging untuk buat koleksi!

Perlu bijak mix n match

Bagi aku sudah cukup kalau aku ada sehelai seluar dan sehelai skirt untuk pakai ketika mengandung. Sebab aku ni jarang berjalan. Selalunya keluar pergi kedai, pergi makan atau pergi kerja je.

Aku prefer warna gelap yang sesuai di padankan dengan pelbagai baju. Lepas tu gunakan kepakaran yang ada untuk mix dan mitch.

Macam aku cakap tadi, maxi aku yang agak outdated, aku gayakan dengan cardigan supaya tampak lebih fresh. Baju sedia ada yang besar-besar boleh gayakan dengan skirt dan seluar baru.hoho..

Bagi yang suka bergaya, boleh beli sleeveless yang labuh dan besar banyak-banyak dan beli cardigan yang murah-murah banyak-banyak jugak.

Nanti sleeveless tu boleh dipakai dengan cardigan.

Baju yang praktikal selepas bersalin

Kalau beli baju, aku pastikan baju tersebut boleh dipakai walaupun selepas bersalin nanti.

Sekarang ni ada banyak butik online yang menjual baju dan maxi yang sesuai dipakai ketika mengandung dan untuk menyusukan anak. Buatlah pemilihan gaya dan harga mana yang kita mampu.

Macam aku, aku merancang beli dua helai jubah. Tu pun kena tunggu balik kampung dulu sebab kat pasar kemboja jubah semua murah-murah.

Jubah ni sudah tentu aku boleh pakai semula walaupun selepas bersalin nanti.

Lagi praktikal kalau seluar dan skirt yang aku beli pun boleh digayakan walaupun ketika tak mengandung. Pendek kata, pilihlah baju yang tidak terhad boleh dipakai hanya ketika hamil.

Selebriti sebagai inspirasi

Zaman serba canggih sekarang ni, kalau ketandusan idea untuk berfesyen, kita boleh jer google gaya artis dan selebriti sebagai inspirasi untuk bergaya.

Dalam majalah pun banyak gambar artis dan fesyen ibu hamil yang boleh kita tiru asalkan berani untuk berfashionista!

Best tak baca tips bila nak beli baju time mengandung ni? Banyak tips yang berguna kan?

Jadi sebolehnya mana yang mommies boleh jimatkan tu, cuba jimatkan sebanyaknya. Sebab nanti bila si kecil dah nak keluar,banyak nak guna duit taw.

Selamat mencuba!

Sumber: puankutu.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *