Beza Antara Susu Ibu Dan Susu Formula
Setiap ibu yang mengandung, pasti mempunyai cita-cita untuk menyusukan bayinya. Walaupun penyusuan ibu adalah proses semulajadi.
Namun pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh ibu yang hanya dia yang tahu. Sehingga menyebabkan ibu terpaksa rela memberikan anaknya susu formula.
Banyak cabaran dan faktor yang harus diambilkira.
Sebagai ibu yang menyokong penyusuan ibu 200%, kak fara sejujurnya amat berharap semua ibu akan berjaya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan penyusuan ibu berlangsung sehingga 2 tahun, sekurang-kurangnya.
Namun,kak fara harus terima hakikat lain orang lain pemikirannya dan susu ibu bukanlah racun sehingga pemberiannya kepada bayi perlu ditentang sekeras-kerasnya.
Pertubuhan-pertubuhan sedunia seperti American Academy of Paediatrics (AAP), Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Persatuan Dietetik Amerika (ADA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan susu ibu sebagai makanan terbaik untuk bayi.
Penyusuan susu ibu dapat membantu meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit, mencegah alahan dan membantu mengawal berat badan bayi.
AAP mencadangkan tempoh 6 bulan pertama adalah penyusuan susu ibu secara ekslusif, bermakna hanya susu ibu sahaja diberikan kepada bayi. Penyusuan susu ibu diteruskan sehingga 12 bulan atau lebih lama mengikut keselesaan ibu dan bayi.
Walaupun hampir semua ibu tahu susu ibu adalah terbaik untuk bayi, namun kerana cabaran-cabaran yang dihadapi, ibu terpaksa membuat keputusan yang berat untuk memberi susu formula pada bayinya.
Sesetengah ibu terus deselubungi rasa bersalah kerana dikatakan meletakkan kesihatan bayi dalam keadaan berisiko dan boleh menjejaskan hubungan ibu dan bayi.
Seperti yang kak fara katakan, susu formula bukanlah racun dan banyak cara lain untuk ibu pastikan hubungannya dengan bayi berjalan dengan baik walaupun diberi susu formula.
Keputusan ibu untuk tidak menyusukan bayinya sangat peribadi, namun ada beberapa perkara yang mungkin ibu ingin pertimbangkan sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Apa perbezaan susu ibu dan susu formula?
Tentu saja anda tahu yang anda disarankan untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Malah, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga mengeluarkan panduan:
- mula menyusu dalam tempoh sejam selepas bersalin
- hanya beri bayi susu ibu dan jangan menambah apa-apa benda lain (air atau susu)
- jangan guna puting atau botol susu untuk 6 bulan pertama
Perbezaan susu ibu dan susu formula dari segi kandungan dan khasiat
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberi susu formula pada anak, adalah lebih bagus jika anda tahu pebezaan susu ibu dan formula. Ini antara perbezaannya:
Susu ibu
- ia semulajadi, selamat dan segar dari badan ibu
- ada penambah imuniti untuk anak
- membantu tumbesaran anak
- mempunyai kalori yang cukup untuk perkembangan bayi
- mempunyai enzim dan bakteria baik untuk pencernaan bayi
Susu formula
- diperolehi dari proses makanan
- tidak ada enzim dan bakteria baik
Dari segi nutrisi atau khasiat pula, antara perbezaan susu ibu dan susu formula ialah:
Susu ibu
- kaya dengan Omega 3 termasuklah Docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA)
- kaya dengan 2 jenis protein, kasein dan whey
- ada laktoferin yang membantu menguatkan sistem pencernaan
- ada antimikrobial lysozim
- mengandungi protein yang menggalakkan tidur (bayi mudah tidur)
- tinggi dengan laktosa
- mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuklah zat besi, zink, dan kalsium
- ada selenium antioksida
- kaya dengan hormon prolaktin, oksitosin dan thyroid
- mempunyai enzim penting seperti lipase dan amilase
Susu formula
- mempunyai DHA dan AA yang diperoleh dari susu seperti susu lembu atau kambing
- kandungan vitamin dan mineral juga diperoleh dari sumber selain susu ibu
- kandungan laktosa boleh diubah (terdapat susu formula yang tidak mempunyai laktosa)
- tidak mempunyai kolesterol yang tinggi seperti susu ibu
- tidak mempunyai hormon
- hanya segelintir susu formula mempunyai selenium
Harus diingatkan, sebelum ibu bapa membuat keputusan untuk memberikan susu formula kepada bayi, semak dengan doktor terlebih dahulu.
Ini kerana sesetengah bayi mempunyai alergi terhadap protein di dalam susu formula. Jadi, sebagai langkah berhati-hati, pastikan mommies telah mendapatkan konsultasi doktor bayi mommies.
Selepas perkongsian ini, kak fara serahkan kepada ibu untuk memilih apa yang terbaik untuk bayi. Seperti yang selalu kita dengar, ‘Mom knows best’