Kecoh Sangat Pasal Doula, Jom Kenali Siapa Itu Doula
Kecoh Sangat Pasal Doula, Jom Kenali Siapa Itu Doula – Bisnes pun bisnes jugak, tapi kak fara tak tertinggal gosip ni.Tapi just baca jelah. Tak ada la nak layan sangat kesinambungan gosip tu.Nanti jadi macam sinetron,tak habis sampai ke sudah.haha.
Gosip yang paling kak fara tertarik sekali pasal doula baru-baru ni. Yang kecoh kononnya dituduh menyebabkan kematian seorang bayi yang dilahirkan secara ‘home-birth’.
Sini doula,situ doula.Kiri kanan cerita pasal doula.
Apa Itu Doula ?
So berdasarkan apa yang kak fara baca, perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”.
Golongan ni telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin.
Tapi bagi kak fara,doula terbaik kak fara encik suami je.Dia je tempat terbaik untuk korang cengkam tangan sepuas hati.Hehe
Tugas doula di Malaysia
Kak fara pun baru tahu sebenarnya wujud doula ni dekat Malaysia. Selama ni tak pernah tahu dan tak tahu langsung. Rupa-rupanya orang yang selalu teman orang nak bersalin ni rupanya dipanggil doula.
Dah hampir tersasul kak fara nak sebut donut taw!
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:
- emosi
- pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
- fizikal (secara sentuhan seperti urutan)
Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin.
Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.
Apa beza antara doula dan bidan?
Mesti korang fikir macam kak fara kan? Fikir tentang perbezaan antara doula dan bidan, atau turut dikenali sebagai midwife.
Secara umumnya, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.
Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.
Nampak tak beza?Beza dia dekat ilmu.Doula tak ada ilmu perubatan secara khusus yang memerlukan praktikal yang sebenar.Doula lebih kepada pengisian psikologi je kalau apa yang kak fara faham.
Fakta lain tentang doula yang ibu perlu tahu
Ada beberapa fakta penting yang mommies kena tahu mengenai doula ni.Jangan mudah terpengaruh sebelum memilih supaya tiada lagi salah faham dan kes tragedi bersalin dapat dielakkan.
- Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.
- Doula sama sekali tidak menggantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.
- Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.
- Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukanlah penasihat perubatan utama yang tunggal.
- Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.
Diharapkan dengan perkongsian fakta tentang doula di Malaysia, kak fara harap para ibu boleh memahami lebih mendalam tentang perkhidmatannya.
Apa yang penting adalah mommies mendapatkan nasihat dan pemantauan doktor. Mereka lebih berilmu dan berpengalaman dalam hal obstetrik.
Ya, doula sememangnya membantu dari segi menambahkan ilmu tentang proses kehamilan dan cara bersalin dengan betul.
Namun tugasan mereka lebih kepada menasihati, menemani dan membantu dari tepi sahaja. Tidak lebih dari itu.
Nyawa bayi sangatlah berharga dan kita sebagai ibu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata keinginan diri.
Ingat ye!