7 Tips Persediaan Sebelum Travel Dengan Si Kecil

7 Tips Persediaan Sebelum Travel Dengan Si Kecil – Bila ada anak kecik ni, pergi travel dengan diorang memang syok. Rasa macam, ok semua dah lengkap. haha.

Tapi sebenarnya travel dengan budak kecil ni paling renyah ye.

Banyak benda mommies kena jaga. Haha. Kak fara dah rasa semua tu dan sekarang kak fara nak share dengan mommies semua apa perlu buat sebelum nak pergi travel dengan baby ni.

Kak fara straight kepada 7 tips yang mommies kena buat sebelum nak pergi travel ye.

Semua ni memang wajib mommies buat. Kalau tak, nayalah sampai destinasi nanti. Hehe

1. KURANGKAN BILANGAN BEG SEMASA TRAVEL

7 Tips Persediaan Sebelum Travel Dengan Si Kecil

Kalau boleh hanya 2 bag (luggage + bag keperluan bayi). Lupakan handbag “fancy-fancy” sekejap supaya tiada episod tertinggal handbag di airport disebabkan tak cukup tangan, lagi-lagi anak yang jenis melekat macam “koala bear”. Paling senang pakai sling bag untuk letak passport, purse dan handphone. Lainlah kalau guna kereta, nak bawa 1 rumah pun boleh. Ini apa yang kak fara pernah lalui ye! haha

2. BAWA BAJU LEBIH

Pastikan ada 1 set persalinan lengkap untuk mak ayah juga di dalam flight untuk “berperang” bila tiba-tiba anak muntah, bocor, atau tumpahkan makanan. Biasalah masa ini, tangan laju sahaja sambar benda baru.

*Penting!
Bawa ziplock bag atau plastik lebih.

3. BAWA MAINAN YANG BARU + MAINAN BIASA DI RUMAH

 Demi memastikan bayi behave dan tak meragam apabila duduk di dalam flight berjam-jam, pastikan bawa sedikit mainan yang biasa untuk beri bayi perasaan selamat di tempat yang baru.

Terutamanya untuk bayi bawah 18 bulan yang biasanya mengambil masa untuk “adapt” dengan tempat baru. Normal tahap perkembangan emosi anak bawah 18 bulan, takut dengan tempat dan orang baru.

Keluarkan satu-satu mainan, jangan terus longgok semua mainan depan dia. Jika anak dah bosan 1 mainan, simpan dan beri mainan lain.

Seterusnya ulang-ulang sampai anak dah bosan baru kenalkan dengan mainan baru. Yang bagusnya masa ini anak cepat lupa mainan yang dia dah main jadi mudah untuk kita “manipulate”.

Sediakan 2 bag mainan, biasanya masa ini anak suka campak-campak mainan jadi asingkan mainan yang kotor dan bersih. Paling mudah guna ziplock bag.

*Kriteria mainan untuk dibawa:
– Berbunyi
– Mudah dibasuh
– Boleh digigit
– Saiz sederhana (tidak boleh ditelan)
– Boleh bertukar pelbagai bentuk (lego/blocks)

4. BREASTFEEDING

Untuk mommies yang menyusu badan, wajib bawa nursing cover kemana-mana dan pakai baju yang BF friendly. Tak adalah nanti pandang kiri kanan nak selak bagai.

5. MAKANAN BAYI

Pengalaman saya travel ke Jepun bersama bayi 10 bulan yang tak nak makan instant baby food. Caranya, bekukan semua makanan bayi dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam cooler bag. Selalunya boleh tahan sejuk selama 12 jam.

Contohnya 5 hari, bawa 10 bekas bubur nasi beku dan 3 bekas lauk (puree sayur-sayuran dan ayam/ikan) dan 1 bekas yang boleh masuk dalam microwave untuk panaskan di hotel/homestay.

Sebelum keluar seharian, panaskan makanan bayi dan simpan dalam thermos yang boleh tahan panas 8 jam. Untuk snack, sediakan biskut dan buah-buahan yang boleh sumbat sahaja dalam “food feeder”.

6. STROLLER DAN BABY CARRIER

Jika travel ke tempat yang banyak menggunakan “public transport”, seeloknya bawa compact stroller yang mudah dilipat dan disimpan serta baby carrier supaya anak tidak meragam apabila tidak cukup tidur dan rehat.

Mak ayah pun kurang stress dan penat nak berdukung setiap masa.

Banyak sangat kegunaan stroller semasa travel, untuk anak rehat + tidur + bag shopping + handbag + makanan + air. Melainkan mak ayah yang jenis sado, boleh angkat anak dan bag 8 jam sehari.

*Normal purata masa tidur anak bawah 12 bulan adalah 13 – 16 jam sehari, pastikan anak cukup “kuota” tidur sepanjang travel.

7. UBAT UBATAN

Sentiasa bersiap sedia jika terkena penyakit biasa, demam, batuk, selsema dan cirit birit yang cukup sepanjang di sana. Jangan lupa dapatkan nasihat dan cadangan ahli farmasi yang bertauliah ya sebelum membeli.

Kesimpulannya, pokok pangkal semua tips ini hanya 5 perkara ini sahaja yang paling penting untuk memastikan anak behave:

Cukup tidur.
Cukup makan.
Cukup main.
Cukup kasih sayang.
Sihat.

Semoga bermanfaat ye mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *