Sebab Kenapa Buang Air Besar Kali Pertama Lebih Sakit Selepas Bersalin
Sebab Kenapa Buang Air Besar Kali Pertama Lebih Sakit Selepas Bersalin – Masa nak mula menulis artikel pasal ni, kak fara teringat rasa sakit nak membuang hari pertama lepas bersalin.
Serius masih terbayang di ingatan perasan tu semua. hehe. Sakit gila! Kalau orang tanya nak beranak lagi ke tak,kak fara akan pikir dulu hehe.
Sakit nak beranak dah hilang, tapi sakit lepas beranak tu masih dalam ingatan. Mana tidaknya, sakit nak buang air besar tu memang menguji kesabaran dan mental fizikal taw. Silap hari bulan boleh meroyan. Jangan main-main ye!
Tapi kak fara rasa mesti mommies yang belum ada pengalaman nak tahu kenapa sakit nak buang air besar boleh jadi mimpi ngeri bagi mereka yang sudah bersalin kan?
Siap sedia baca dan mental fizikal ye. Hehe. Kak fara nak share ni 5 sebab kenapa ramai mommies seriau nak membuang air besar lepas bersalin. Hee.
#1- Mommies memang dah ada sembelit
Kalau mommies dah ada sembelit sejak sebelum mengandung lagi,kebarangkalian untuk mommies sembelit selepas beranak memang tinggi.
Lepas dah beranak ni, tubuh kita kalau mommies nak tahu mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Urat-urat yang dah longgar dan putus selepas bersalin tu pun memang ambil masa.
Kalau mommies selalu amik vitamin tambahan,dan badan selalu terhidrasi (tak cukup air), memang mudah untuk terkena sembelit.
Sebab tu lepas beranak atau sebelum beranak amalkan makanan berfiber dan serat yang tinggi.Senang nak membuang nanti.
#2-“Cik Bunga” koyak banyak !
Serius talk. Kalau faraj mommies banyak koyak, kesakitan untuk membuang tu boleh jadi mimpi ngeri seumur hidup. Hehe. Nak tunggu luka sembuh lagi, sembelit pulak yang datang. Serius menguji iman mental dan fizikal sangta-sangat masa ni.
Boleh bayangkan tak betapa sakitnya nak buang air besar lepas bersalin ?
#3- Tak ambil ubat lembutkan najis
Ada sesetengah ibu yang degil dan takut ubat,mungkin tak nak ambil ubat pelembut najis kan? Macam kak fara la tu. Haha. Kak fara tak ambil sebab memang sejenis takut ubat.
Tapi mommies kat luar sana tolonglah ambil kalau mommies sejenis yang memang boleh telan ubat.
Sebab ubat pelembut najis ni sebenarnya memang sangat membantu taw. Tapi make sure sebelum nak masukkan ubat pelembut najis tu, duduk dalam tandas sesiap.
Kan ada tercirit dalam kain!
#4- Tempat jahitan yang sakit
Ni kalau mommies kena jahit banyak.
Tambah pulak dekat tempat jahit masih rasa ngilu dan sakit gila kan. Perasaan nak membuang air besar tu automatik 100% jadi semakin takut dan menipis. Rela nak tahan pun ada.
Satu tips kak fara boleh bagitahu, jangan sesekali tahan kalau nak berak.
Bila mommies semakin tahan untuk berak, najis boleh jadi semakin keras dan lagi susah untuk keluar dari anus. Jadi bila rasa nak berak je, terus je pergi toilet walaupun sikit je tahi yang keluar. Jangan tahan!
#5- Faraj kembang dan sakit
Ada jugak mommies yang tak perlu kena jahit selepas bersalin sebab memang teror bab meneran ni.
Tapi jangan ingat yang tak kena jahit ni tak sakit langsung. Diorang ni pun akan rasa sakit juga. Yelah, seorang baby baru je keluar mesti la rasa sakit dan kembang.
Tapi mommies yang rasa macam ni,tak ada cara lain selain hanya perlu bertahan. Banyakkan minum air. Baru luka cepat sembuh. Jangan risau, cik bunga tak becak la kalau minum air banyak.
Habis dah kak fara kongsi kenapa bila nak buang air besar lepas bersalin sangat sakit.
Jadi korang bolehlah prepare mental dan fizikal ye. Hehe. Jangan ingat yang beranak normal je akan rasa macam ni. Yang beranak czer pun sama. Lagi banyak nak kena jaga taw!