5 Mitos Bersalin Ini Yang Terbukti Salah Dan Mengarut
5 Mitos Bersalin Ini Yang Terbukti Salah Dan Mengarut – “eh,jangan tenung haiwan tu lama-lama nanti terkenan dekat anak..”, “ehh,,jangan macam tu….”, “eh,eh,eh…!”
Banyak betul eh diorang ni kan? Terutama golongan makcik2 bawang yang suka sangat jaga tepi kain orang sampaikan kain sendiri terbang tak sedar. Ye dak? Sapa setuju angkat ketiak kaih.Hehe
Nak-nak kalau masuk bab beranak ni.
Macam-macam la yang keluar dari mulut diorang.Itu tak boleh ini tak boleh. Walaupun pada hakikatnya ada juga 1% yang betul diorang cakap. Mommies pun mesti selalu dengar kan makcik2 bawang cakap macam tu kan? Hehe
Antara yang kak fara selalu dengar bila masuk bab mengandung dan beranak ni:
#1-Beranak CZER ni jalan “MUDAH” untuk bersalin
Ramai yang cakap,beranak secara zcer tak sakit. Kononnya lah kan! Padahal diorang tak tahu, bila beranak czer ni,cara penjagaan dia lebih rumit dan cerewet kalau nak dibandingkan dengan yang beranak normal taw.
Malah apa yang kaka fara tahu, bila beranak czer ni juga berisiko darah beku, kehilangan darah dan jangkitan. Jadi korang rasa,beranak secara pembedahan ni mudah ke?
#2-Kalau amik epidural,confirm kena czer!
Amboi tang ni kak fara tak setuju sikit. Ada je yang kak fara tengok dekat hospital still boleh beranak normal walaupun dia amik epidural. Tapi kena tanya doktor dulu. Jangan memandai pulak nak teran siap-siap. Hehe.
#3-Kalau amik epidural je,mesti mommies tak kuat
Golongan makcik2 bawang ni selalu jugak cakap, ni mesti kes tak tahan sakit sangat.
Sebab tu amik epidural.
Macam ni la kak fara boleh cakap.Setiap manusia rambut sama hitam, hati lain2. Macam tu jugak dengan ketahanan tubuh badan manusia. Tak semua sama taw. Jadi jangan nak banding-bandingkan aku dan kau. Okai?
#4-Tak boleh makan dan minum dalam bilik bersalin
Tak tahu mana diorang dengar.
Sebenarnya lagi bagus kalau makan dan minum sebelum bersalin. Sebabnya setidaknya nanti nak meneran ada tenaga sikit. Jangan risau kalau minum air banyak. Sebelum korang nak teran nanti, doktor akan keluarkan air kencing siap-siap.
Tap kalau mommies ada komplikasi,kena tanya doktor dulu boleh makan ke tidak sebelum bersalin.
#5-Bersalin kali kedua lebih mudah
Ada yang cakap macam tu. Tapi kalau ditakdirkan susah,susha jugak.
Jadi jangan pernah berharap ya. Yang penting persiapkan mental dan fizikal sebaik mungkin sebelum bersalin. At least tak ada lah korang terkejut sangat masa dalam bilik bersalin nanti.
Yang penting, praktikkan breathing technique yang betul semasa contraction ye!
Jadi lepas baca perkongsian kak fara ni,kak fara harap mommies lebih bijak menangani situasi semasa dalam tempoh kehamilan dan proses bersalin.
Jangan mudah percaya dan jangan mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif. Kalau rasa musykil tentang sesuatu perkara kehamilan, segera rujuk doktor bertauliah.
Bukan rujuk doktor facebook!
Kak fara nak mintak bantuan boleh? Bantu kak fara share artikel 9 mitos bersalin ini yang terbukti salah dan mengarut dengan kawan-kawan mommies ye supaya diorang pun tak terpedaya dengan mitos mainan ini!