4 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Seorang Yang Subur
4 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Seorang Yang Subur – Bila dah berkahwin, mesti nak anak pula kan? Bagi yang merancang tak pe, itu hak mereka. Tapi bagi mereka yang tak sabar untuk memiliki anak pasti perasaan bercampur baur.
Kebiasaanya kan, mommies perasan tak, orang yang merancang bab anak selalunya akan mendapat anak lebih awal. Tetapi bagi yang tak merancang, bertahun lamanya baru dikurniakan anak. Itu yang kak fara sendiri perasan dengan orang sekeliling kak fara la.
Apa-apapun, berpegang pada janji Allah ye mommies. Jangan sedih, jangan putus asa. Allah tak pernah tidur taw, Dia dengar setiap doa kita.
Jadi apa kata kalau kak fara share dengan mommies semua apa tanda-tanda yang menunjukkan kita ni seorang wanita yang subur. Bila kita kenal pasti kita ni subur ke tidak, setidaknya kita boleh bersiap sedia taw.
Tanda Subur No.1: Kitaran Haid Yang Teratur
Mommies ingat tak bila tarikh pertama mommies datang haid?
Kak fara datang haid seawal usia 12 tahun. Masa tu bulan puasa. Tarikhnya 1 November. Bulan kedua haid pun sama jugak. Haid kak fara Alhamdulillah teratur. Kalau tarikh berganjak pun tak jauh. Dalam 1-2 hari awal atau lewat macam tu je.
Kalau mommies nak tahu period mommies regular atau tidak, kena catatkan tarikh datang haid tiap bulan. Kalau rasa malas nak catat pada buku, guna je aplikasi kat bawah ni. Nama dia ‘Period Tracker’.
Kalau mommis datang haid setiap 25 ke 35 hari, maksudnya badan mommies masih aktif menghasilkan ovum (telur) dan subur. Malah kalau mommies datang haid yang panjang (kurang dari 14 hari) bermaksud mommies mempunyai nilai ovum yang banyak.
Tanda Subur No.2 : Alami Simptom Haid (PMS)
Kak fara kalau time period je mesti berdebor-debor.
Mana taknya, tiap kali haid, mesti kak fara akan senggugut, sampai tak boleh buat kerja.
Melepek je atas katil macam orang berpantang gayanya. Hehe. Kadang-kadang sakit belakang datang, memang kak fara awal-awal surrender berehat je sepanjang hari.
Tapi jangan risau, sebenarnya simptom-simptom time haid ni, sebenarnya tanda mommies mempunyai kitaran ovulasi yang aktif. Jadi jangan risau taw. Layankan je sakit tu macam kak fara. Hehe. Sebenarnya syok jugak, sebab time period la boleh nak berehat sikit. Kalau tak kerja je manjang tak ingat. Hehe.
Tanda Subur No.3 : Lelehan Faraj Yang Jernih Dan Banyak
Selalu tak bila pergi ke toilet atau nak tukar seluar dalam,mommies rasa basah je dekat panties?
Tak pun rasa macam ada benda melekit dekat Miss V? Kalau selalu rasa macam tu, jangan risau. Sebab tu tandanya menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim kita berfungsi dengan baik.
Fungsi lelehan mukus ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan. Tapi kena kerapkan tukar panties jugak. Jangan biar je lelehan tu bertapak lama-lama kat situ. Jadi bakteria pulak nanti bila bercampur dengan peluh bagai.
Tanda Subur No.4 : Jumlah Aliran Haid Normal
Setiap wanita mesti mempunyai aliran haid yang berbeza.
Yang kak fara selalu dengar, mesti ada orang cakap macam ni, badan kurus darah sikit, badan gemuk darah banyak. Kak fara kurang setuju sebab kak fara sendiri ada aliran haid yang banyak setiap bulan. Tetapi masih dalam paras normal.
Penting untuk kenal sendiri aliran darah haid kita banyak ataupun tidak sebab aliran darah haid yang normal, adalah tanda-tanda yang meyakinkan bahawa lapisan yang baik telah dihasilkan dalam rahim dan dikeluarkan setiap bulan.Itu bermakna rahim kita sihat.
Tapi kalau mommies macam malas sangat nak cek tanda-tanda subur ni, beli aje lah OPK test untuk cek hari-hari subur. Jadi boleh merancang dengan baik. Tu kalau malas sangat la.Hehe. Moga artikel 4 tanda menunjukkan bahawa anda seorang yang subur ini bermanfaat.
Ok jumpa artikel akan datang ye mommies!