Tips Sebelum Pilih Dan Membeli Seluar Ibu Mengandung
Tips Sebelum Pilih Dan Membeli Seluar Ibu Mengandung – Ibu mungkin perlukan lebih daripada sepasang seluar panjang materniti, terutamanya jika bekerja di pejabat.
Belanjakan sedikit daripada bajet anda untuk mendapatkan seluar yang bagus. Walaupun ibu hanya akan memakainya untuk beberapa bulan sahaja, kemungkinan besar ibu akan memakainya dengan kerap.
Kak fara akan bantu dan berikan macam mana tips sebelum pilih dan membeli seluar mengandung yang sesuai
Apakah yang ibu perlu tahu apabila membeli seluar mengandung?
Sebelum membeli seluar panjang materniti, ibu perlu ingat beberapa perkara seperti di bawah:
- Jangan beli seluar biasa yang bersaiz lebih besar. Anda mungkin boleh memadankannya dengan beberapa jenis baju dan jumper, tetapi pinggang seluar biasa tidak direka untuk menyokong perut yang semakin membesar. Ia mungkin rasa tidak selesa dipakai selepas hanya beberapa ketika sahaja.
- Saiz materniti adalah berdasarkan saiz sebelum hamil tetapi padanannya boleh jadi berbeza, jadi cubalah dahulu sebelum membelinya. Jika anda membeli secara online, carilah penjual yang mempunyai polisi pemulangannya.
- Ada tidak perlu menukar kesemua seluar panjang anda. Sewaktu hamil inilah anda boleh memakai pakaian yang dahulunya longgar. Jika anda sudahpun mempunyai jeans materniti, anda mungkin hanya perlukan beberapa pasang seluar panjang materniti untuk ke tempat kerja dan mungkin satu yang kasual.
Cubalah beberapa pasang seluar untuk melihat mana yang paling selesa untuk anda sebelum anda membeli. Kebanyakan stail materniti akan termasuk salah satu daripada yang berikut:
- Panel jersi. Ini ialah panel hadapan daripada fabrik jersi memeri yang lembut dan boleh mengembang seiring dengan pembesaran perut anda.
- Pinggang bergetah penuh. Seluar jenis ini mudah untuk ditarik hingga ke atas daripada perut. Jenis pinggang di bawah perut. Ia biasanya mempunyai pinggang getah yang kuat dan terletak baik di bawah perut.
- Jenis yang mempunyai tali. Seluar yang mempunyai tali yang boleh dilaraskan pada bahagian hadapan biasanya mempunyai getah pada bahagian belakang juga. Anda boleh melaraskan seluar anda mengikut perkembangan saiz anda.
- Tab sisi atau hadapan yang boleh dilaraskan saiz apabila anda semakin membesar.
Ikut tips sebelum pilih dan membeli seluar mengandung ini.
Kalau ibu masih keliru bagaimana dan di mana hendak beli seluar mengandung yang murah dan berkualiti, apa kata ibu-ibu jenguk koleksi pakaian mengandung yang moden dan cantik di Furby Moms.
P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS <<
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS