Semuanya bermula semasa mengandungkan si kecil Maryam. Fara sebenarnya dah lama terfikir nak menulis diari tentang kisah suka duka dalam mendapatkan zuriat.

Alhamdulillah cita-cita tercapai.  Fara wujudkan blog www.makbuyong.com sebagai platform dan diari coretan pengalaman-pengalaman, tips dan panduan sebelum dan selepas mengandung untuk sumber rujukan ibu-ibu lain. InsyaAllah.

Mungkin ramai pasangan di luar sana yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat tapi Allah itu maha kaya dan Dia tau akan kemampuan hambanya. 6 tahun perkahwinan kami sepi tanpa zuriat . Fara mempunyai masalah rahim yang tidak kuat dan oleh sebab itu fara telah alami 3 kali keguguran sebelum Allah kurniakan bayi paling comel Adlina Maryam. Hati perempuan mana tidak terusik setiap kali orang bertanyakan tentang zuriat. Bermacam-macam ikhtiar kami dah mencuba. Berkat kesabaran dan izin Allah, doa kami termakbul.

Pada hari ulang tahun kelahiran Fara yang ke 31, alhamdulillah Fara disahkan hamil. Syukur sangat.

Biasanya orang cakap setiap anak ada rezekinya tersendiri. Dengan hadirnya permata hati Adlina Maryam, makin lama kehidupan kami suami isteri berubah ke arah yang lebih positif. Sekali gus lahirnya butik fashion maternity by Furby Moms juga kerana Adlina Maryam. Buat pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, jangan berhenti berdoa. Allah sentiasa mendengar rayuan hambanya. Tiba saat yang sesuai, InsyaAllah Allah kabulkan doa kalian.

Salam perkenalan,

Founder Of Furby Moms