5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean

5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean

5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean – Mommies mesti selalu dengar kan,ibu yang bersalin caesarean mesti kena pantang lebih.

Lagi banyak benda kena pantang dari yang bersalin normal taw. Memang la bersalin caesarean tidak terlalu menyakitkan. Tetapi semasa proses berpantang,banyak ‘sakitnya’ pulak yang kena hadap.

Jadi bagi mommies yang nak sembuh dengan cepat selepas caesarean, cuba ikut 5 langkah yang ibu wajib buat selepas bersalin secara caesarean yang mak bidan ni kongsi dengan kak fara. InsyaAllah kak fara yakin sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua taw.

1) MINUM AIR HALIA

5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean

Sebaik sahaja bersalin, mommies digalakkan meminum segelas air halia yang bercampur madu ataupun jus kurma. Ia bertujuan mengelakkan anda daripada terbatuk kerana suhu yang terlalu sejuk di dalam dewan bedah serta membantu mengawal loya akibat angin yang banyak di dalam perut.

Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan daripada anda memberi tekanan kepada kawasan pembedahan akibat daripada batuk tersebut.

Segelas air halia tidak akan menyebabkan bayi mommies kuning. Namun, minuman tinggi gula putih boleh menyebabkan bacaan kuning bayi mommies meningkat ke paras tinggi.

2) SAPU MINYAK HERBA

5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean

Selepas itu, ibu tersebut juga perlu disapukan dengan minyak herba seluruh badan bagi menghangatkan kembali tubuh ibu setelah sekian lama di dalam dewan pembedahan.

Kawasan yang wajib dilebihkan minyak herba ialah di kawasan atas perut dan kawasan bius.

Ia bertujuan membantu mengeluarkan lebihan angin dan membantu merawat saraf. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan ibu mudah menggigil kesejukan dan mudah dimasuki angin.

3) CARA BERBENGKUNG KHAS

Ibu bersalin secara pembedahan sangat takut untuk bergerak.

Maka, cara paling mudah untuk menampung perut ialah dengan memakai bengkung dengan kaedah yang betul. Ada dua kaedah yang boleh digunakan sebaik sahaja bersalin;

Menggunakan strap-on- binder.Mommies perlu menyapu minyak herba dahulu di perut dan pinggang sebelum memakai bengkung bagi membantu pengeluaran angin panas daripada perut dan melawaskan pengeluaran darah kotor seperti darah bantal dan darah bayam bersama darah nifas.

Selepas dua minggu luka jahitan sudah pulih, maka anda boleh menggunakan bengkung bertali yang panjang hingga ke paha agar hujung kain bengkung tidak menekan luka jahitan. Ini adalah pendapat Datin Anisah Barakbah.

Manakala pendapat kedua pula daripada rakan perbidanan Nur Syatirah iaitu Puan Nor Asmah Bt Mohammad. Katanya sebelum memakai bengkung bertali, ibu hendaklah melapis bahagian luka pembedahan menggunakan tuala wanita agar luka tersebut cepat kering.

Kemudian, barulah memakai bengkung bertali setelah disapu minyak herba di kawasan perut. Labuh bengkung hendaklah melepasi paha agar tidak memberi tekanan kepada bahagian luka jahitan.

Pada pandangan kak fara pula, pendapat kedua lebih baik kerana lemak di atas luka pembedahan akan memberi tekanan kepada bahagian luka dan menyebabkan jahitan terbuka.

Ibu-ibu sekarang terpaksa ulang-alik ke klinik sebaik selepas bersalin adalah disyorkan berbengkung yang memberi sokongan kepada otot perut dan rahim. Namun begitu, jika mommies tiada pembantu, boleh usahakan memakai strap-on-binder.

4) DISIPLIN MEMAKAN HERBA

Perkara yang paling penting bagi ibu bersalin secara pembedahan ialah hendaklah disiplin memakan herba setiap hari selama minimum enam bulan selepas bersalin.

Bagi ibu yang tersalah makan, jika mereka bersalin secara normal, risiko terbesar adalah bayi mudah kembung perut jika mereka menyusukan bayi. Namun, bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, risiko untuk kebas-kebas dan kesejukan adalah tinggi.

5) MANDI HERBA SEHINGGA NIFAS KERING

5 Langkah Yang Ibu Wajib Buat Selepas Bersalin Secara Caesarean

Selain itu, pastikan mommies meneruskan mandi herba selagi darah nifas masih lagi mengalir keluar. Ibu yang bersalin secara pembedahan juga hendaklah bertungku.

Tungku tidak semestinya di perut. Bertungku di tapak kaki, kawasan pinggang dan punggung. Namun, sebaik-baiknya bertungku seluruh badan kecuali di kawasan luka pembedahan dengan bantuan terapis terlatih. Kak fara harap para ibu dapat buat persiapan untuk 5 langkah yang ibu wajib buat selepas bersalin secara caesarean ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *