Tips Pilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi

Tips Pilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi

“Aduh, banyaknya jenama. Pening kepala nak pilih. Kalau aku tanya ‘promoter’ ni, nanti mereka mesti kata produk mereka yang paling bagus. Kalau baca label pun, bukannya faham sangat. Hmmm.. Menyesal pula tak cari maklumat dan tips memilih susu formula yang sesuai. Nanti kena datang baliklah nampaknya.”

Atas banyak sebab tertentu, tidak semua mommies dapat memberi susu badan kepada anak.

Ada juga yang mencari susu formula apabila anak hampir mencecah 2 tahun dan perlu bercerai susu. Maka, bermulalah pencarian kepada susu formula yang dijual di pasaran.

Bukan mudah nak memilih susu formula, terutamanya bagi bayi yang baru lahir. Ini kerana, bayi yang masih kecil mempunyai usus yang sangat sensitif.

Malah, penerimaan setiap bayi pula adalah berbeza antara satu sama lain.

Jom ikuti tips memilih susu formula terbaik ini. Moga-moga ia dapat membantu mommies membuat keputusan dalam memilih produk susu yang paling sesuai dengan anak.

Tips memilih susu formula terbaik untuk bayi dan kanak-kanak

1. Pilih jenama produk susu formula yang terkenal dan ada reputasi yang baik

susu formula terbaik, susu formula tiruan, susu formula tahan berapa lama, susu formula untuk bayi baru lahir, susu formula terbaik malaysia, susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun

Kredit: Scmp.com

Kalau mommies nak tahu, antara jalan yang paling selamat adalah dengan memilih jenama produk yang sudah terkenal dan mempunyai reputasi baik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh U.S. News dan Pharmacy Times, 49% ahli farmasi akan menyarankan jenama Enfamil, 21% menyarankan Similac dan 17% mencadangkan PediaSure.

Danelle Fisher, timbalan presiden pediatrik dari Pusat Kesihatan Providence St. John di Santa Monica berkata:

“Berbanding syarikat kecil atau baru, syarikat besar sudah pun menjalankan banyak eksperimen menyeluruh tentang manfaat produk susu mereka. Mereka bukan sahaja melihat kepada respon bayi tapi kesannya kepada perkembangan otak dan tubuh.”

2. Pilih susu formula mengikut harga yang mampu dimiliki

Menurut Danelle, ibu ayah tidak sepatutnya mengabaikan risiko yang mungkin berlaku pada kesihatan bayi mereka semata-mata kerana mahu membeli susu murah.

Pada hari ini, banyak jenama besar telah menyediakan harga berpatutan untuk pelanggan. Jika anda mampu membelinya, maka pilihlah dari jenama yang boleh dipercayai.

Malah, syarikat yang mempunyai reputasi yang baik selalunya memberi khidmat pelanggan yang berkualiti kepada pelanggan mereka. Kesihatan si kecil lebih terjamin selagi mana mommies memilih susu formula terbaik dari jenama yang terbaik.

3. Pilih jenis susu formula mengikut keperluan bayi

susu formula terbaik, susu formula tiruan, susu formula tahan berapa lama, susu formula untuk bayi baru lahir, susu formula terbaik malaysia, susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun

Kredit: Which.uk

Ada beberapa jenis susu formula di pasaran yang boleh mommies pilih. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Susu lembu – Mulakan dengan memilih susu jenis ini. Menurut Danelle, kebanyakan bayi dapat menerima susu lembu dengan baik tanpa sebarang alahan. Jenis ini mempunyai pelbagai variasi kandungan yang membantu bayi atasi masalah kolik atau pencernaan.
  • Susu soya – Akademi Pediatrik Amerika menyarankan susu jenis soya hanya untuk beberapa keperluan sahaja. Contohnya, jika bayi alah pada susu lembu. Jika anda ingin memakai susu jenis ini, dapatkan nasihat doktor dahulu.

4. Ketahui kandungan khas tambahan dalam susu

Bagi memilih susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun atau lebih dari itu,mommies juga perlu tahu tentang kandungan khas yang ada dalam produk tersebut.

Secara amnya, semua susu formula mengandungi nutrien berikut:

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Lemak
  • Vitamin
  • Mineral

Apa yang membezakan antara pelbagai produk susu di pasaran adalah jenis karbohidrat dan lemak yang digunakan. Ia juga dibezakan oleh kandungan khas dalam susu tersebut.

Sara Doss, seorang profesor Universiti Chicago, berkata yang kebanyakan susu formula di pasaran juga sudah pun mengandungi DHA dan ARA.

Mommies tahu tak itu apa? Ia adalah sejenis asid lemak yang baik untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi anda. Ia adalah nutrien sama yang dapat ditemui dalam susu badan ibu!

5. Pilih susu formula terbaik mengikut umur anak mommies

susu formula terbaik, susu formula tiruan, susu formula tahan berapa lama, susu formula untuk bayi baru lahir, susu formula terbaik malaysia, susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun

Kredit: Throroughlyreviewed.com

Sememangnya, ada banyak produk susu di pasaran untuk pelbagai lingkungan usia. Jadi, pastikan mommies memilih produk mengikut umur anak mommies.

Kenapa? Ia adalah kerana setiap produk tersebut sudah pun diformula secara khas mengikut keperluan badan anakmommies. Keperluan mineral dan vitamin bayi berusia 6 bulan sudah semestinya berbeza dengan kanak-kanak 2 tahun!

Tip bonus #6: Pilih dan pantau

Setiap kanak-kanak mempunyai daya pencernaan yang berbeza.

Sebagai ibu ayah, perlu berusaha mencari susu formula yang paling sesuai untuk si kecil . Dan, pastikan ia asli.

Gunakan produk pilihan mommies untuk beberapa minggu dan perhatikan perkara berikut:

  • Sama ada berlaku alahan susu pada anak mommies
  • Sama ada ia menyebabkan masalah pencernaan pada anak mommies (contohnya, terlebih meragam secara tiba-tiba)
  • Sama ada ia menyebabkan berat badan anak mommies naik atau turun secara mendadak

Sekiranya, anak mommies tidak mengalami sebarang kesan di atas, maka produk pilihan itu sudah sesuai untuk si kecil mommies!

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *