Sakit kontraksi ini adalah sakit rengat atau ‘after birth pain’ yang dialami oleh semua ibu pada hari selepas melahirkan dan boleh berlanjutan sehingga seminggu. Sejurus selepas bersalin, pengecutan rahim adalah mekanisma tubuh untuk mengelakkan daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan.