Resipi Sup Brokoli berkrim untuk ibu hamil trimester pertama

Resepi sup brokoli berkrim untuk ibu hamil trimester pertama mudah je.  Takyah nak menumis bagai2…Sekelip mata je siap mommy. Jom sesekali layan western… hari2 makan nasi pun jemu kan….  Kali ni kita cuba hidangan diet…. katanya menu sihat.. boleh la ajak suami dan anak makan skali..bagus untuk kesihantan bersama.

Kehamilan yang dinanti-nantikan memang mengujakan. Keghairahan menyambut kehadiran orang baru dalam rahim ibu, kadang kala sama naik dengan keinginan makan hingga berat naik berganda-ganda. Atau pun, sebaliknya. Rasa mual, muntah mengatasi kegembiraan sehingga hilang nikmat makan.

Mommy perlu sedar, nutrisi yang dikonsumsi setiap hari merupakan keperluan untuk ibu dan anak. Namun, jumlah makanan tidak semestinya perlu diganda dua!. mommy hanya perlu pastikan makanan itu mengandungi khasiat yang diperlukan. Cukup asas protein, karbohidrat, lemak, vitamin garam dan mineralnya.

Antara keperluan utama pada 12 minggu awal kehamilan adalah kandungan asid folik. Asik folik atau kandungan folate penting untuk tumbesaran saraf janin. Pakar pemakanan mengesyorkan ibu hamil mengkonsumsi 400mg asid folik sehari. Contoh makanan yang tinggi asid folik adalah seperti:-

  • Brokoli
  • Bayam
  • Avocado
  • Betik
  • Pisang
  • Stroberi
  • Labu
  • Jagung
  • Saderi

Jika mommy mahu mencuba resepi yang baru, serta kaya asid folik, apa kata anda mencuba resepi sup brokoli berkrim di bawah:-

Resipi Sup brokoli berkrim

Bahan-bahan:

  1. 2 sudu besar minyak zaitun
  2. 500g sayur brokoli dipotong kecil
  3. 4 ulas bawang putih dicincang
  4. 500ml stok ayam
  5. Sekotak krim masakan

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak zaitun
  2. Tumiskan bawang putih sehingga layu
  3. Masukkan stok ayam dan didihkan
  4. Masukkan pula sayur brokoli
  5. Renihkan dengan api perlahan sehingga brokoli agak lembut (dalam 3 minit)
  6. Tambahkan krim masakan dan panaskan dengan api perlahan.
  7. Kacau sentiasa sehingga mendidih.
  8. Perasakan dengan garam.

Hidangan siap untuk dinikmati.

Jika anda sukakan tekstur yang halus, anda boleh juga kisar sup berkrim ini menggunakan pengisar makanan. Sup brokoli berkrim sesuai dimakan panas-panas dengan dicicah roti perancis!. Share la dgn kengkawan mommy!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *