Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda

Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda

Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda – Hari ni kak fara dapat surat layang dari seorang pembaca setia blog MakBuyong. Beliau ingin meluahkan perasaan dan pengalaman menjadi ibu dalam usia yang sangat muda.

Dan dia sendiri beri keizinan pada kak fara untuk kak fara kongsikan di sini. Kak fara tak edit mana-mana bahagian cerita dia, korang boleh baca sendiri pengalaman dia di bawah ni:

Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda

Assalamualaikum Kak Fara

Tergerak hati ini nak kongsikan dengan mengenai pengalaman bergelar ibu di usia muda. Ain berkahwin pada usia 20 tahun. 5 bulan selepas perkahwinan, Ain disahkan mengandung.

Pada mulanya Ain sebenarnya ingin merancang, tetapi apakan daya Allah titipkan rezeki ni buat kami suami isteri.

Dengan redha, kami terima walaupun dalam hati sebenarnya masih belum puas hidup berdua atau pendek kata honeymoon dengan cik suami.

Hari demi hari Ain lalui dengan penuh tabah.

5 bulan pertama Ain alami alahan yang sangat teruk sampaikan semua kerja terbantut.

Masuk bulan ke 6, alhamdulillah semuanya kembali normal. Sehinggalah Ain selamat melahirkan khalifah kecil ini pada 5 Ogos 2016.

Maka bermula dari situlah Ain mula merasakan perubahan pada diri Ain.

Sebaik sahaja selamat melahirkan si kecil, Ain mula merasa penat yang teramat.

Di tambah pula perlu menyusukan bayi.

Saat menyusukan bayi inilah yang Ain rasa paling stress.

Mana tidaknya Kak Fara,selang satu jam setiap malam Ain kena bangun untuk menyusukan bayi. Ain ingatkan,selepas bersalin boleh tidur dengan lena di samping bayi di sisi.

Rupanya tanggapan Ain salah.

Tiap malam Ain tidur tak lena. Dah macam zombie pun ada muka Ain. Bila melihat cik suami nyenyak sahaja tidur di sebelah, rasa mahu disepak-sepak kepala dia. Haha.

Sakit hati pula melihat dia tidur mati, sedangkan Ain tengah bersengkang mata menyusukan bayi. Belum masuk bahagian bayi merengek sebab susu badan tak banyak.

Stress sangat masa ni kak fara.

Pernah Ain lepaskan kemarahan pada bayi semasa menyusu dek kerana sangat stress dan penat menyusukan bayi. Jiwa muda pulak masa tu, mana reti nak sabar.

Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda

Tapi Allah masih sayang pada Ain, satu per satu Allah tunjukkan pada Ain sebagai peringatan supaya Ain terus bersabar menjadi seorang ibu.

Allah hadirkan senyuman dari bayi yang membuatkan hati merasa sangat tenang.

Di saat Ain merasa stress, pelukan dari bayi buat Ain kembali teringat penat mengendong dia selama 9 bulan. Lalu Ain tabahkan hati dan beristighfar.

Stressnya Menyusukan Bayi, Ini Pengalaman Aku Jadi Ibu Di Usia Muda

Suatu hari Ain terbaca satu potongan ayat ni:

Ibu (wanita) yang memberi susu badan kepada bayinya yang menangis, akan diberi pahala satu tahun solat dan puasa oleh Allah.

Mudahnya Islam kak fara!

Menyusukan bayi sahaja dah boleh dapat pahala berlipat kali ganda.

Ain rasa malu pada Allah.

Malu sebab sombong dengan nikmat yang Allah beri pada Ain. Sedangkan masih ramai ibu di luar sana yang berusaha untuk menyusukan bayi.

Sejak dari itu, tiap malam Ain bangun dengan penuh ikhlas.

Tiap kali bayi minta disusukan, Ain lapangkan dada dan susukan dia sepenuh hati. Ain nak kumpul pahala tu. Ain nak masuk syurga. Dengan asbab pahala tu dapat hapuskan dosa-dosa silam Ain.

Jadi kepada para ibu di luar sana, Ain mohon jangan stress dalam menyusukan bayi anda.

Penat memang penat. Letih memang letih. Lesu memang lesu.

Lapar tak perlu nak cakap bila menyusukan bayi ni.

Hadapinya dengan penuh berhikmah. Ada sebab mengapa Allah pilih kita menjadi seorang ibu. Allah tak rancang sesuatu itu dengan sia-sia. Susukanlah bayi kita sepenuh hati kerana ganjaran pahala besar sedang menanti.

Terima kasih kak fara sudi terima luahan dari Ain.

Semoga perkongsian Ain ini diterima dan diambil iktibar oleh semua pembaca.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *