Sebulan Sebelum Melahirkan Bayi, 4 Perkara Ini Bakal Ibu Perlu Buat

Sebulan Sebelum Melahirkan Bayi, 4 Perkara Ini Bakal Ibu Perlu Buat – Assalamualaikum pembaca setia MB. MB nak tanya, di penghujung fasa kehamilan, pasti anda tidak sabar-sabar untuk mendakap erat tubuh yang sekian lama berkongsi tubuh, makanan dan oksigen dengan anda. Setuju?

Sebagai persediaan untuk menyambut si dia yang kita cinta, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan. Idealnya, sebulan sebelum tarikh kita dijangka melahirkan kita sudah mula melakukan perkara-perkara ini dan teruslah melakukannya secara konsisten.

1. Kemas Rumah

Nampak macam mudah. Memang setiap hari kita mengemas rumah, tetapi kena ingat, kita sedang menyambut orang baru dalam keluarga kita. Pastinya ‘level’ kebersihan dan aturan itu lebih sedikit dari hari-hari biasa. Contohnya dengan mengkhususkan satu ruangan untuk digunakan sebagai ruangan bayi.

Anda juga harus ingat bahawa ‘level’ imunisasi bayi masih di tahap yang rendah. Bersihkan debu-debu di rumah, basuh cadar dan sarung bantal dan apa-apa sahaja untuk menghindarkan debu dan jangkitan kuman kepada mereka. Jika tidak larat, hubungi dan upahlah orang lain untuk mengemas rumah anda.

2. Persiapkan Makanan

Menjelang beberapa hari sebelum anda dijangka melahirkan bayi anda, mungkin perkara ini anda tidak perlu lakukan, cukuplah cuma dengan mengingatkan suami yang tercinta. Persiapkan makanan-makanan yang akan anda makan pasca-melahirkan anak nanti. Ingat, anda memerlukan nutrisi yang cukup untuk mendapatkan susu badan yang berkualiti tinggi.

3. Mengurut!

Ha, sebelum melahirkan bayi, ada baiknya jika melakukan urutan-urutan ringan daripada mereka yang berpengalaman. Tidak perlu urutan-urutan advance! Cukuplah urutan-urutan ringan yang membantu mempersiapkan otot-otot anda untuk bekerja dengan lebih mudah ketika proses melahirkan bayi nanti.

Selain itu, urutan-urutan ringan ini juga akan membuatkan anda menjadi lebih relaks, tenang dan santai. Inilah perasaan-perasaan yang anda perlukan sebelum masuk ke bilik bersalin. Percayalah.

4. Bersenang-senanglah.

Apa yang sedang anda fikirkan? Jangan terlampau memikirkan proses bagaimana melahirkan bayi itu nanti. Usah terlalu membayangkan bilik bersalin itu. Bertenanglah dan relax. Diwaktu hampir dengan tarikh bersalin, anda cuma perlu duduk bersenang, minum teh dan membaca sebuah novel tentang kehidupan. Tertawalah, dengan jenaka-jenaka mereka. Luangkan lebih masa bersama suami dan teman-teman. Nikmatilah kehidupan. ?

Semoga tips yang MB kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anda. Usah terlalu stress. Buat persiapan dengan tenang dan bersedialah untuk menghadapi hari yang dinanti-nanti selama ini. Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan yang lain!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *