Punca-Punca Payudara Bengkak Susu Dan Kesannya

Punca-Punca Payudara Bengkak Susu Dan Kesannya

Punca-Punca Payudara Bengkak Susu Dan Kesannya – Artikel kali ini kak fara nak berkongsi tentang punca-punca payudara bengkak susu dan kesannya. Nak tahu tak?

Pada minggu yang pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada sangat membengkak, rasa sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa.

Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.

Mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara je.

Punca payudara bengkak dan sakit?

Pasti anda tertanya-tanya apakah punca hingga payudara bengkak susu?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyak untuk memenuhi keperluan bayi. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak.

Akibatnya?

Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru akan mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar.

Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya terjadi sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak itu akan cepat  kembali reda.

Punca Payudara Bengkak Susu Dan Kesannya

Cara merawat payudara bengkak?

Pertama, anda kena ingat bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif.

Anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda. Tidak lama lagi dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

Coli Menyusu Yang Sesuai

Pakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat ok?

Susukan Dengan Kerap

Susukan bayi anda dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.

Pastikan juga sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mula dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras.

Untuk pastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah.

Air suam mandian mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Mungkin akan ambil masa sikit. Sabar dan teruskan mencuba!

Pam Susu

Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Urut Payudara

Ketika bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu jadi lebih lancar dan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

Guna Daun Kubis!

Ada sebilangan wanita kat luar sana berpendapat, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan.

Namun tiada bukti kukuh. Daun kubis  mungkin ada kesan penyejukkan tetapi masih tidak dapat mengubati punca sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan dari payudara dengan efisien.

Kak fara sarankan kalau tidak boleh tahan sakit, ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Usah risau, fasa ini anda boleh lepas dengan cepat dan dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi yang sedang membesar.

Berapa lama payudara bengkak akan berterusan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh jangkakan ia berakhir dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Susukan bayi dengan kerap dan efisien turut membantu.

Jika anda memilih tidak menyusu badan dan memberi susu formula, mungkin payudara jadi sungguh penuh apabila susu mula mengalir.

Apa yang diperlukan hanya ubat penahan sakit dan pakai coli sokongan yang baik.

Kadangkala, jika bengkak payudara sangat teruk, mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

Boleh tak teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Ya boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Susukan bayi sebaik saja dia dilahirkan dan lakukan dengan kerap.

Perhatikan bayi untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah.

Jika dia menangis, bermakna dia dah lapar sangat dah tu.

Lepas je bengkak reda, payudara kita akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

Inilah serba sedikit perkongsian kak fara mengenai punca-punca payudara bengkak susu dan kesannya.

Moga bermanfaat!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *