Panduan Dan Tips Apabila Berjalan Jauh Dengan Si Kecil

Panduan Dan Tips Apabila Berjalan Jauh Dengan Si Kecil

Panduan Dan Tips Apabila Berjalan Jauh Dengan Si Kecil – Musim cuti sekolah dah bermula kan? For sure kak fara rasa semua parents dah ada planning masing-masing nak bawak anak-anak pergi bercuti kan. Lagi syok bila kita bawak anak kecik pergi bercuti. Tapi kalau tak kena gaya, meragam je sepanjang masa taw.

Hari ni kak fara nak share sedikit tips untuk parents bila korang nak berjalan jauh dengan si kecil. Tambah-tambah kalau bawah 6 bulan tu. Macam-macam ragam taw korang kena hadap. Hehe.

Ni tips dari kak fara.

#1:Bawak Baju Dan Pampers Dengan Secukupnya

Yang ni penting sangat. Make sure korang bawak pampers dan baju banyak-banyak pun tak pe untuk baby kecil ni. Diorang kerap berak dan kencing. Lepas tu jangan bagi baby pakai pampers lama-lama.

Ni salah satu faktor diorang kerap meragam ye. Cuba mommies bayangkan kalau mommies pakai pad time period berejam. Mesti tak selesa kan? Macam tu jugak baby kita.

Panduan Dan Tips Apabila Berjalan Jauh Dengan Si Kecil

#2:Bawak Wipes Tissue, Tisu Serta Air Yang Mencukupi

Okai.wipes tissue mommy kena bawak.

Tapi guna time baby berak sahaja ye. Kalau baby sekadar kencing,mommies spraykan air dan lap dengan tisu biasa. Sebabnya, wipes tissue ni sebenarnya kurang elok kalau kerap di pakai pada kulit.

Melainkan wipes tissue yang kita beli tu betul-betul terjamin organik. Jadi nak selamat dan selesa, spraykan dengan air dan lap dengan tisu biasa sahaja. Lagi jimat taw.

#3:Pastikan Baby Sentiasa Kenyang

Kalau baby meragam, salah satu faktornya bila baby lapar.

Jadi, pastikan baby kita diberi susu yang secukupnya.J angan mommies sibuk nak berjalan je sampai abaikan baby yang tengah nak susu tu.

Sebolehnya sepanjang perjalanan nak sampai ke tempat yang dituju, beri baby susu terlebih dahulu. Jadi nanti time kita dah mula nak berjalan, barulah dia tak meragam sebab perut dia dah kenyang. Nak makan pun senang,Tak huru hara. Haha

#4:Asingkan Keperluan ‘Pit-Stop’

Selalunya, time kita tengah sibuk memandu atau kereta sedang bergerak, tiba-tiba baby berak sambil buat muka tak bersalah .Belum campur lagi dia kentut sampai bau satu kereta. Haha.

Dah kena tukar dulu pampers dia kan. Buatnya nak sampai ke tempat yang dituju tu jauh lagi, mahu atau tidak kena berhenti dekat mana-mana RnR atau tepi jalan untuk tukar pampers baby.

Panduan Dan Tips Apabila Berjalan Jauh Dengan Si Kecil

Masa ni kalau baru nak mengagau cari pampers dalam beg besar memang renyah keje dia.

Jadi pastikan sebelum bertolak,asingkan sesiap pampers dan baju yang nak digunakan semasa berhenti di mana-mana ‘pit-stop’ nanti. Senang, buka terus ambil.

#5:Bawak Stroller Compact Dan Carrier

Ni berguna kalau korang nak berjalan di shopping mall atau di tempat-tempat yang perlu guna carrier baby sahaja. Bawa stroller compact kalau ada dan carrier baby yang ergonomik.

Sebabnya kalau kereta korang besar,tak ada masalah. Tapi untuk mereka yang berkereta kecil, sebaiknya cari stroller yang compact supaya ruang dalam kereta lebih jimat.

Faham jela bila berjalan jauh ni macam-macam kena bawak.

Nasib tak angkut satu rumah je letak atas kereta. Hehe. Jadi kalau mampu,cari stroller compact taw. Carrier baby pula cari yang ergonomik supaya kaki baby tak lenguh bila kita bawak dia duduk dalam tu.

Bila duduk dalam carrier kan,kaki baby akan tergantung je macam tu.

Jadi bila pakai carrier yang design ergonomik,badan baby lebih stabil dan susah untuk merasa lenguh. Kurang satu faktor untuk baby meragam.

Fuhh dah cukup rasanya panduan dan tips apabila berjalan jauh dengan si kecil ni.

Tips ni kak fara share berdasarkan pengalaman kak fara sendiri bila kak fara berjalan jauh dengan si mariyam ni haa. Macam-macam pengalaman kak fara lalui. Dari pengalaman tulah yang mengajar kak fara bagaimana nak berjalan jauh tanpa rasa stress bila dengan si kecil ni. Hehe.

Jadi lepas ni, korang jangan stress lagi ye kalau nak berjalan jauh dengan si kecik tu.

Amalkan je panduan dan tips apabila berjalan jauh dengan si kecil yang kak fara share dekat atas tu. InsyaAllah moment percutian korang akan berjalan dengan lancar. hehe. Kata orang, jauh berjalan luas pemandangan.

Okai jumpa next artikel pulak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *