Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Assalamualaikum semua pembaca blog MB. Kali ni MB akan kongsikan menu sedap dan berkhasiat untuk ibu berpantang. MB pasti lepas ni tiada lagi isu ‘bosannya berpantang’ kan!

Resepi Berpantang 1 : Ikan Salmon Masak Lada Hitam

Bagi ibu-ibu yang hampir dengan tarikh jangka, jom salin resipi ni. Memang sedap dan mudah. Ia disarankan selepas luka sembuh atau sebaik-baiknya selepas 44 hari kerana salmon bersifat gatal dan bisa. Ikan ini bukan sahaja sedap malah mempunyai banyak kebaikan kepada ibu terutama sekali yang menyusu kerana boleh menambah susu ibu!

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Resipi ini menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaannya. Mudah sangat!

Bahan-bahannya

  • Sekeping salmon
  • ½ inci halia muda(ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • ½ sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kerajang aluminium secukupnya untuk membalut ikan

Cara penyediaan

  1. Siang ikan dan cuci bersih. Alaskan ikan dengan kerajang aluminium.
  2. Tumbuk bawang putih, halia,lada hitam bersama garam dan gula sehingga membentuk pes.
  3. Sapukan pes tadi kepada pada ikan. Bungkus ikan dengan  kerajang aluminium.
  4. Boleh bakar  menggunakan oven atau balik-balikkan di dalam kuali atas dapur dengan api sederhana kira-kira 15 minit.
  5. Periksa ikan sama ada masak atau tidak sebelum angkat dari kuali.
  6. Lauk sedia untuk dimakan dengan nasi panas. Oh sedapnya!

KELEBIHAN SALMON

  • Salmon kaya dengan DHA iaitu nutrien yang amat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan saraf. DHA ini disalurkan kepada bayi menerusi susu ibu.
  • Selain itu, salmon juga dikatakan boleh membantu mengelakkan postpartum depression atau meroyan.
  • Asid lemak dan omega-3 asid lemak juga dikatakan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lemak yang sihat adalah satu komponen utama susu ibu dan adalah penting untuk pengeluaran hormon, yang membantu dalam mengawal pengeluaran susu.

Resepi Berpantang 2 : Ikan Singgang Halia

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu hari, jom salin resipi ni. Memang sedapdan tidak berminyak. Bahan yang digunakan juga tidak banyak. Cara memasaknya sama seperti ikan singgang biasa, cuma lengkuas ditukar kepada halia. Sesuai untuk membuang angin dalam badan. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaannya. Mudah sangat!

Bahan-bahannya

  • Seekor ikan selar
  • ½ inci halia muda
  • Bawang putih
  • Sekeping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Secawan air

Cara penyediaan

  1. Siang ikan dan cuci bersih. Masukkan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kupas halia dan hiris dalam bentuk memanjang.
  3. Bawang putih dihiris nipis.
  4. Masukkan bawang, halia, asam keping dan air ke dalam periuk berisi ikan.
  5. Jerangkan di atas dapur dengan api sederhana kira-kira lapan hingga 10 minit.
  6. Bila mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya. Rasa sebelum angkat dari kuali dan dihidangkan.
  7. Enak dijadikan lauk makan tengah hari, makan dengan nasi panas-panas.Yummy!

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Resepi Berpantang 3 : Sup Lobak Putih

Bahan-bahannya:
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Kelebihan Lobak Putih:
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

Resepi Berpantang 4 : Daging Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris)
5 biji bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak jagung.
2) Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3) Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4) Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Resepi Berpantang 5 : Ikan Siakap Bakar

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Jadi MB sarankan para ibu untuk mencuba pelbagai menu sedap dan berkhasiat untuk ibu berpantang yang MB dah kongsikan. Selamat mencuba!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *