Macam Mana Suami Boleh Bantu Dalam Penyusuan Ibu?

Macam Mana Suami Boleh Bantu Dalam Penyusuan Ibu?

Macam Mana Suami Boleh Bantu Dalam Penyusuan Ibu? – Nak cerita bab menyusu ni, sampai bila pun tak kan habis sebenarnya.

Kalau bab menyusu ni, hanya mereka yang pernah melahirkan anak dan menyusukan anak sahaja yang tahu perasaanya. Kalau iman tak kuat, mungkin korang akan berhenti sekerat jalan taw.

Kak fara bercakap berdasarkan pengalaman ye.

Tak semua ibu terpilih untuk menyusukan anak sebab ada ibu yang susunya sikit sahaja keluar sampaikan perlu dibantu oleh susu formula.

Ada ibu pulak, putingnya tenggelam sampai baby merengek nak susu tapi apakan daya susu formula juga yang menolong. Tapi alhamdulillah kak fara terpilih olehNya untuk menyusukan mariyam dengan susu badan sepenuhnya.

Sebenarnya dalam tempoh penyusuan bayi ni, sokongan dari orang sekeliling sangat-sangat penting terutama suami sendiri.

Kalau korang seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan, kak fara rasa korang tahu apa perasaanya kalau suami tak beri sokongan kan?

Mesti stress melampau-lampau sampai boleh meroyan.

Semua kita kena hadap sensorang. Jadi untuk elak dari bergaduh tak tentu hala di sebabkan benda sebegini, suami kena main peranan sama ye. Jangan jadi tunggul je dalam rumah. Nih kak fara nak bagitahu apa suami kena buat untuk menyokong isteri yang menyusukan badan pada anaknya.

#1 Bagi ‘ME TIME’ Pada Isteri

Okai yang ni kak fara tahu semua isteri tertunggu-tunggu saat ni.

Saat dimana tiada seorang pun yang boleh kacau si ibu. Kalau boleh,suami bagilah ruang masa untuk isteri manjakan diri di spa ke, berjalan ke tempat yang dia suka,shopping dengan kawan-kawan dia.

Suami ambil alih kerja jaga anak-anak pulak. Dapat bagi satu hari pun dah cukup okai dah. Isteri ni dia tak mintak banyak taw. Dapat tidur satu jam sahaja pun dah cukup taw.

#2 Suami Belajarlah Tukar Lampin Sama!

Yang ni kalau cik suami cakap tak pandai, sila pulas telinga dia kuat-kuat.

Amboi cik somi, isteri awak pun first time jugak dapat anak. Dia pun belajar untuk tukar lampin dan mandikan anak.

Kalau cik isteri boleh buat, cik somi pun kena la belajar sama. Jangan bagi alasan ye!

Jadi tengah malam nanti cik somi je bangun tukar lampin anak, cik isteri bolehlah tidur dengan nyenyak selepas penat menyusukan anak seharian.

#3 Suprisekan ‘Sayang Awak’

Dulu masa berdua bukan main sweet muweet je semua kan.

Ni alih-alih lepas dapat anak,terus hilang sweet tu. Alasan sebab si isteri sibuk dengan anak. Amboi cik somi, tak baik taw fikir macam tu.

Isteri awak usaha sehabis baik dah jaga anak dekat rumah. Apa kata kalau awak yang bagi kejutan dekat cik isteri. Beli bunga ke,coklat ke. Tak pun beli hadiah istimewa yang dia nak. Bukan selalu pun kan!

#4 Cedok Ilmu Pasal Penyusuan Sama!

Kalau cik somi ada ilmu pasal penyusuan susu badan ni, kak fara yakin mesti cik somi akan beri sokongan yang penuh pada cik isteri.

Susu badan ni terlalu banyak khasiatnya pada bayi kita taw.

Jadi bila cik somi ada ilmu tentang penyusuan ni, cik somi kena la bagi sokongan dan motivasi di saat isteri kita down ye. Menyusu badan ni bukan selalu dalam mood okai taw. Kengkadang datang mood meroyan dia baru haru!

#5 Sentiasa Ucap Terima Kasih Pada Isteri

Sentiasalah ucap terima kasih pada isteri sebab menyusukan anak kita tanpa mengeluh letih atau penat.

Bukan senang ye nak menyusukan anak. Perlukan kesabaran yang tinggi dan semangat yang jitu. Cik somi kena sentiasa beri kata semangat dekat isteri sama ye. InsyaAllah pasti isteri awak senyum je manjang.

Lepas cik isteri baca artikel kak fara ni, jangan lupa share dekat suami masing-masing ye.

Lagi bagus kalau awak baca artikel ni sambil baring sebelah cik somi. Bagi dia dengar dan hayati sama-sama. Dalam perhubungan ni perlukan komunikasi dua hala yang bagus. Jangan pendam kalau ada rasa tidak puas hati. Tak elok taw.

Ok, jumpa artikel akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *