Kalau Payudara Kosong, Bukan Bermaksud Susu Kita Kurang

Kalau Payudara Kosong, Bukan Bermaksud Susu Kita Kurang

Sekarang memang ramai mommies memutuskan untuk menyusukan bayi dengan harapan untuk memberikan bayi mereka dengan semua faedah kesihatan yang datang dari susu ibu.

Di samping membentuk satu ikatan khas dengan bayi mereka.

Kebanyakan mommies memilih susu ibu dengan sikap yang positif dan meletakkan usaha dalam melakukan perkara yang betul.

Penyusuan ibu sememangnya ada pelbagai cabaran yang menimbulkan kerisauan pada si ibu.

Dan kerisauan yang utama ialah, susu badan kurang dan tidak mencukupi buat si kecil. Mommies pasti tertanya-tanya adakah susu badan mommies mencukupi?

Soalan pertama sekali mommies harus tanya pada diri mommies ialah, betul ke susu badan kurang?

Bukan untuk memperlekehkan kerisauanmommies, tapi ramai yang merasakan susu badan mereka sedikit sedangkan sebenarnya tidak! Kak fara dulu pun macam tu.

Tapi sebenarnya bab menyusu ni mommies kena banyak positifkan diri.

Tapi disebabkan terlalu panik merasakan susu badan kurang,mommies mula beralih ke susu formula. Sebenarnya, risau dan stress adalah penyumpang kepada kurangnya susu badan.

Bukanlah beralih ke susu formula itu salah.

Cuma, alasan  terpaksa beralih ke susu formula itu tidak betul. Sebelum membuat keputusan untuk beralih ke susu formula, periksa dengan teliti kerana mommies tidak mahu rugi.

Susu badan kurang itu tidak betul jika…

Hanya jika bayi mommies kerap menyusu atau terlalu cepat lapar semula, ia tidak bermakna susu badan kurang. Jangan dengar cakap orang lain, jangan bandingkan bayi mommies dengan orang lain.

Seperti mommies yang makan tidak sama banyak dengan orang lain, begitu juga penyusuan bayi mommies.

Sebenarnya cukup jika berat bayi mommies naik setiap bulan. Pastikan carta berat badannya menunjukkan pertumbuhan yang normal. Mommies tidak perlu risau.

susu badan kurangContoh carta pertumbuhan bayi perempuan dari WHO

Hanya jika payudara mommies tidak lagi basah, ia bukan bermakna susu mommies sudah berkurang.

Memang ada sesetengah ibu ‘bocor’. Tapi semakin lama, otot di bahagian tersebut semakin kuat, jadi ‘bocor’ akan berkurangan.

Hanya jika payudara rasa lebih lembut dari sebelum ini tidak bermakna susu badan kurang.

Sebelum ini, badan mommies masih hendak membiasakan dengan kuantiti susu serta bengkak akibat saluran darah dan limfa yang membengkak.

Jangan lupa semasa bayi mommies menyusu, susu juga dikeluarkan.

Saluran darah dan limfa juga berkurang kerana pertumbuhan tisu payudara semakin perlahan. Payudara yang tidak terasa penuh bukanlah bermaksud susu sedikit.

Payudara yang lebih kosong bermakna lebih ruang untuk susu dikeluarkan.

Konsep susu ibu bukanlah hanya keluarkan apabila payudara mommies terasa penuh. Tidak, sebaliknya, jika payudara penuh, pengeluaran susu berkurang.

Hanya jika payudara mommies kecil berbanding orang lain, tidak bermakna susu badan mommies sedikit. Saiz payudara ialah kombinasi antara tisu lemak dan tisu glandular. Ia tentu sekali bukan penentu kuantiti susu mommies!

Hanya jika bayi mommies menyusu dalam jangka masa yang lebih pendek, ia tak bermaksud susu mommies sudah habis.

Untuk menyusu, bayi menggunakan otot mulut dan lidahnya. Sama seperti bersenam, ia boleh jadi memenatkan untuk mereka, mereka perlukan rehat.

Susu badan kurang dan tanggapan yang salah

susu badan kurang
Kuantiti susu yang dipam bukanlah penentu susu anda sedikit buat bayi

Susu badan kurang juga tak bermaksud apabila mommies tidak rasa aliran susu yang kuat seperti awal-awal penyusuan.

Ia memang bukan sesuatu yang akan kekal, memang normal untuk rasa itu hilang. Namun ia tidak bermakna susu mommies sedikit.

Susu badan mommies tak kurang hanya kerana mommies tidak mengepam susu dengan banyak. Tidak semua pam susu boleh membantu mengosongkan payudara mommies.

Cara bayi menghisap puting mommies sangat berbeza dengan pam susu, jadi jika bayi mommies masih kenyang selepas menyusu, jangan risau tentang pam susu untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Jadi mommies, jangan terlalu risau jika bayi mommies masih membesar dengan sihat.

Dapatkan nasihat pakar terlebih dulu sebelum membuat kesimpulan. Dan mommies tidak keseorangan, ramai ibu-ibu di luar sana seperti mommies.

Satu lagi kak fara nak pesan. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap bayi tu tak sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *