Jangan Mengalah Bila Menyusukan Anak. Ini ‘Azimat’ Buat Ibu

Jangan Mengalah Bila Menyusukan Anak. Ini ‘Azimat’ Buat Ibu

Jangan Mengalah Bila Menyusukan Anak. Ini ‘Azimat’ Buat Ibu – Kalau semua ibu di dunia ni tahu kebaikan menyusukan anak tu banyak sangat, mesti semua ibu akan cuba sehabis daya untuk menyusukan bayi mereka.

Hatta kak fara sendiri pun akan cuba sehabis daya nak menyusukan maream sampai umur 2 tahun. Kalau susu kurang, kak fara akan cuba makan milk booster yang membantu.

Penat macam mana sekalipun kak fara akan curi masa untuk beri khasiat kepada mariam. Tapi tak semua ibu atas dunia ni terpilih untuk menyusukan anak mereka ye.

Tetapi bila terpilih untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, pasti ada dugaan dan cabaran bagi ibu-ibu ini. Kak fara sendiri pun tak terlepas dari dugaan ni.

Antara yang kak fara lalui sepanjang menyusukan maream ialah kak fara selalu sakit belakang semasa menyusu, tidur tak cukup bila anak kerap bangun malam, emosi tak stabil sebab susu kejap banyak kejap sikit.

Cukuplha kak fara senaraikan 3 dugaan tu sepanjang menyusukan maream. Kalau nak senaraikan semua mahu tak cukup column blog ni panjang.

Jangan Mengalah Bila Menyusukan Anak. Ini 'Azimat' Buat Ibu

Tapi demi seorang anak, kak fara gigihkan jua, cekalkan hati dan berdoa banyak-banyak pada Allah supaya beri semangat dan kesabaran yang tinggi pada kak fara.

Orang luar pandang ibu menyusu ni macam mudah je kan. Tapi diorang tak tahu di sebaliknya semasa fasa atau tempoh menyusu ni macam-macam dugaan kita lalui. Sampai nak meroyan pun ada.

Kak fara ada baca mengenai 10 kata-kata nasihat atau semangat untuk ibu menyusu ni dekat salah satu blog. Bila baca mengenainya,terus datang rasa bersalah sebab asyik marahkan maream yang selalu merengek nak susu.

Ni 10 kata-kata nasihat tu. Korang jangan nangis pulak bila baca.

#1 Anak yang baru lahir memerlukan 3 benda: Kehangatan dari pelukan seorang ibu, kekenyangan, dan rasa selamat. Memberi susu badan melengkapkan semuanya.

#2 Memberi susu badan mungkin bukan pilihan yang tepat, kerana ia pilihan yang terbaik untuk si manja.– Grantly Dick-Read

#3 Memang menyusu badan sangat susah. Tapi, tiada siapa cakap betapa ibu boleh terikat secara emosi apabila menyusu anak.-Jennifer Garner

#4 Saya istimewa sebab saya mampu menyusu si kecil. Semua ibu menyusu macam superhuman dengan kuasa hebat! Mana taknya… kita selalu mengantuk pun semua kerja siap?-Gwen Stefani

#5 Susu badan bagus sebab 3 benda: susu sentiasa dalam suhu yang bersesuaian, susu datang dari “bekas” yang menarik, dan kucing takkan boleh curi!-Irene Chalmers

#6 Kalau farmasi dan syarikat boleh bina satu produk yang berkhasiat, boleh mengubat penyakit, murah, dan boleh dikawal – mesti produk itu laku. Tapi susu badan sudah ganti produk itu sejak dulu lagi!-Gabrielle Palmer

#7 Sifat keibuan anda akan terserlah bila beri susu badan. Rasa seronok nak nikmati masa dengan anak sentiasa.-Honore de Balzac

#8 Orang kena faham… pilih antara susu badan dan susu formula bukan sama macam pilih Coke dan Pepsi! Ibu kena belajar banyak benda demi si manja tercinta.-Chele Marmet

#9 Memberi susu badan adalah perbuatan murni. Semua ibu boleh cuba memberi susu badan. Belajar perlahan-lahan. Ambil tahu ilmu yang diperlukan. – La Leche League

#10 Saya akan terus beri susu badan selagi saya mampu walaupun ia buat payudara saya kendur atau berat badan saya tak menentu. Demi anak tercinta!-Helena Bonham Carter

Bila kak fara baca balik semua kata-kata semangat dan nasihat kat atas ni, kak fara rasa bersemangat balik walaupun sebenarnya penat menyusukan anak.

Memang akan ada orang cakap nanti, tak baik cakap penat. Tu anak kita. Memang lah, tapi secara fizikalnya sebagai seorang manusia, tipu lah kita tak kan rasa penat bila menyusukan anak.

Jangan Mengalah Bila Menyusukan Anak. Ini 'Azimat' Buat Ibu

Jadi mommies kat luar sana yang senasib dengan kak fara, kejap down kejap okai ingat niat utama kita nak menyusukan anak ye.

Besar pahalanya sebenarnya bila menyusukan anak. Kalau kak fara down, kak fara akan cepat-cepat bangkit balik. Jangan mengalah bila menyusukan anak. Ini ‘azimat’ buat Ibu.

Tak maw down lama-lama. Merugikan masa. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *