Gaya Fesyen Selebriti Hot Mama 2017

Gaya Fesyen Selebriti Hot Mama 2017

Dah masuk tahun baru 2018 kan? Tapi kak fara perasan tahun lepas ni ramai betul golongan retis yang jadi ibu. Tak kisah la untuk kali pertama atau kesekian kalinya.

Janji diorang ni time preggy je confirm fesyen diorang makin ‘HOT’. Bukan makin terdedah, tapi bagi kak fara fesyen mengandung sangat bergaya. Tak nampak selekeh macam selalu orang pandang.

Antara nama artis yang bermain di fikiran kak fara sekarang ni ialah Nora Danish, Amyra Rosli, Jihan Musa, Eira Syazira dan favourite kak fara sendiri iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Akhirnya rezeki anak singgah jua di kantung tok ti kita. Gembira sangat taw kak fara bila dapat tahu tok ti bakal dapat anak. Hehe. Kalah suami dia punya happy!

Mommies-mommies selebriti yang hot ni memang pandai giler kalau sebut pasal bergaya taw. Tapi sebelum kak fara share gaya fesyen mengandung diorang, kak fara nak tekankan pada korang satu perkara.

Ya,benda ni penting ye. Jangan ingat bila nak bergaya sahaja, perlukan baju yang maha-mahal.

Sebenarnya salah sama sekali pemikiran macam tu.

Fesyen sebenarnya adalah mengenai kreativiti korang untuk suai padan fesyen terkini. Bukan mengenai isu baju mahal atau murah. Kalau baju murah sekalipun, kalau korang kreatif, why not? Rock the stage mommies!

Okai, jadi jangan jadikan alasan duit sebagai untuk tidak kelihatan bergaya terutama di hadapan suami kita walaupun kita tengah memboyot taw. Kekal cantik dan menawan depan suami satu pahala taw!

Jom tengok gambar-gambar mommies selebriti kegemaran kak fara.hehe

Kak fara suka jugak tengok fesyen si nora danish ni. Dah macam mat salleh punya retis dah. Hehe.
Kalau mommies memiliki tubuh kecik molek macam si nora ni, boleh tengok gaya-gaya nora semasa hamil ni.

Si Amyra Rosli ni pun pandai jugak bab bergaya. Padan dengan tubuh kurus dan tinggi lampai macam Myra ni. Gaya myra kak farah tengok seseorang yang tak sukakan fesyen yang over. Dia sejenis yang sukakan fesyen yang lebih simple tapi tetap nampak trendy.

\

Kalau tok ti ni tak yah cakaplah. Memang kak farah suka semua yang tok ti pakai. Haha.

Nampak tak betapa minatnya dekat tok ti ni. Hehe. Fesyen-fesyen yang tok ti pakai ni sesuai untuk mommies yang bertubuh sedikit berisi dan tinggi lampai. Korang boleh follow fesyen tok ti ye.

Jadi lepas ni, kalau asyik duk scroll instagram tu, amik la idea sikit untuk outfit of the day korang. Terutama bila mommies preggy, tiruvasi je fesyen-fesyen artis ni. Janji tutup aurat taw!

Kalau tak tahu nak beli mana fesyen ibu mengandung yang menutup aurat, korang pergi je serbu Furby Moms taw! hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *