Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat – Apabila kita panaskan susu ibu dengan baik, dapat elakkan susu ibu dari tercemar, rosak atau hilang nutrisi dan enzim.

Ada beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Pilihan bergantung pada poket ibu ayah, keadaan di tempat jagaan anak-anak dan beberapa faktor lain.

Apa yang kak fara bakal kongsikan ni kak fara harap dapat bantu mommies dekat luar sana yang masih bingung macam mana nak panaskan susu ibu dengan betul ye.

Penting bagi mommies tahu ilmu panaskan susu badan dengan betul taw.Nanti buat penat je ibu perah susu badan,tapi baby tak dapat khasiatnya dek kerana ibu gagal memanaskan susu badan dengan betul.Jadi meh hadam ilmu cara panaskan susu ibu supaya tidak rosak dan kekal berkhasiat yang kak fara akan kongsikan ni ye.

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

#1 Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)

Alihkan susu ibu beku dari ‘freezer’ ke peti sejuk.Freezer ni bahagian kita selalu letak ais batu tu. Cairkan susu ibu beku sebelum ianya rosak.

Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan. Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.

Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:
Deep Freezer: 6-12 bulan
Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu

Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.

Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya.

Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya.

Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin.

Jika tak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

#2 Teknik Air Mengalir

Letakkan susu ibu beku di bawah tap air yang sejuk. Suhu air perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat.

Jika terus diletakkan di bawah air panas, berkemungkinan akan merosakkan enzim-enzim penting di dalam susu ibu. Goyangkan bekas susu ibu yang telah cair, untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.

Perlahan-lahan naikan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi.

Ubah suhu dari sejuk ke suhu bilik, kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.

Berhenti panaskan susu ibu, jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas, boleh menjadi sebab mulut bayi akan melecur.

Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit fussy, panaskanlah susu pada suhu bilik.

Jika menggunakan Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk). Tak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu.

Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.

AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

#3 Rendamkan Dalam Air Suam

Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap. Sebelum air mula mendidih.

Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.

AMARAN: JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan.

Atau jika agak ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.

Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.

#4 Guna Warmer (Pemanas)

Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.

Ada 2 jenis warmer, yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu (yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.

Bunyi atau lampu akan menyala jika proses panaskan susu ibu telah selesai.

Cara Panaskan Susu Ibu Supaya Tidak Rosak Dan Kekal Berkhasiat

Sebenarnya mana-mana cara pun boleh dan praktikal.

Tapi mommies boleh pilih berdasarkan kesesuain dan kemampuan mommies sekalian.Kalau nak mudah dan cepat,boleh beli warmer terus. Kerja jadi lebih cepat kan.Tapi kalau nak berjimat mommies boleh cuba cara no.1 sebab bagi kak fara cara no.1 lebih senang.

Penting taw bagi mommies untuk tahu cara yang betul panaskan susu ibu ni.

Kalau nak hantar anak ke rumah pengasuh pulak,mommies boleh ajar pengasuh cara yang betul nak panaskan susu EBM (Express Breast Milk) tu.

Sesekali mommies tanya la pengasuh cara dia bagi susu dekat anak kita.Bukan apa,cuma nak pastikan anak kita dapat khasiat sepenuhnya dari susu badan kita.

Ok mommies, selamat mencuba tips cara panaskan susu ibu supaya tidak rosak dan kekal berkhasiat ini ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *