Cara Meneran Dengan Betul Tanpa Koyakan Serius

Cara Meneran Dengan Betul Tanpa Koyakan Serius

Cara Meneran Dengan Betul Tanpa Koyakan Serius

Ibu hamil yang sedang menunggu hari bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin dan perlu untuk ambil tahu cara meneran dengan betul tanpa koyakan serius.

Ini kerana si ibu akan terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam – macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik – teknik untuk meneran dengan betul ketika bersalin.

Cara Meneran Dengan Betul Tanpa Koyakan Serius

Tips Mengelakkan Koyakan

1) Senaman Kegel

Senaman ini penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Mudah diamalkan di mana – mana sahaja. Sebaiknya, amalkan dengan kerap setiap hari.

Bagaimana untuk membuat senaman kegel? Senang je..

  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2 – 3 saat
  3. Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan

2) Sapuan Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun pada bahagian perineum dan rajin – rajinlah lalukan urutan perineal bagi membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.

3) Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin

Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton Hicks), tarik nafas dalam – dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut.

Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek – pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat – cepat mengikut mulut (kaedah seperti termengah – mengah). Jangan kosongkan paru – paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.

Apabila dah nak meneran, tetapi bukaan belum 10cm lagi. Tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.

Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.

Pastikan proses meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk ampu bahagian belakang badan / kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.

Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.

4) Meneran Dengan Betul

Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Dalam keadaan panik dan sakit, kadang – kadang kita boleh lupa dengan petua ni. Cara terbaik ialah, pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.

Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin

Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah. Apa yang harus anda lakukan? Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa teknik yang saya kongsikan ini.

  1. Angkat kepala sehingga mencecah dada
  2. Mata pandang ke perut
  3. Tangan pegang pergelangan kaki
  4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
  6. Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
  7. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
  8. Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
  9. Dengar arahan jurujawat dan doktor
  10. Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

Amalkan dan praktikkan cara meneran dengan betul tanpa koyakan serius yang kak fara kongsikan ini supaya si ibu dapat mengelakkan koyakan yang serius pada vagina. Selamat beramal!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

2 thoughts on “Cara Meneran Dengan Betul Tanpa Koyakan Serius

  1. Pingback: Disangka Muntah Kerana Pra-Matang, Rupanya Usus Bayi Ini Pecah

  2. Pingback: Tip Bagaimana Memilih Bra Yang Sesuai Untuk 'Berjimat'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *