Cara Hilangkan Ekzema Dengan Mudah Dan Murah

Cara Hilangkan Ekzema Dengan Mudah Dan Murah

Cara Hilangkan Ekzema Dengan Mudah Dan Murah – Dah masuk ke bulan terakhir 2017 kan? Semua impian korang untuk tahun ni dah tercapai ke? Alhamdulillah bagi kak farah pula hampir separuh perancangan dan impian kak farah sudah tercapai untuk tahun ini. Allah permudahkan segala-galanya bagi kak farah.

Bagi 2018, kak farah akan melangkah dengan lebih jauh lagi dan bersemangat jitu. Banyak perancangan yang sudah tertulis untuk 2018 taw. Okai-okai, stop kat sini. Panjang pulak kak farah membebel ye. Hehe

Jadi hari ni kak fara nak share cara dan ubat yang boleh hilangkan eczema pada baby. Kak farah faham bila dah ada baby kecik ni, memang tidak dapat tidak pasti ada yang alami ekzema.

Cuma bezanya teruk ataupun tidak sahaja. Ezcema ni sebenarnya boleh dielakkan, tetapi kebanyakan bayi sebenarnya tak boleh lari dari terkena penyakit ni.

Cara Hilangkan Ekzema Dengan Mudah Dan Murah

Ekzema ni, korang jangan pandang remeh ye mommies. Selalunya baby akan mengalami ruam kering dan berkerak, selalunya pada pipi dan juga lengan, kaki, dada dan beberapa bahagian badan lain.

Kalau melarat teruk, boleh jadi susah nak sembuh. Kena jumpa ramai pakar. Kesian baby nanti, sehinggakan bayi akan mudah meragam dan susah untuk tidur lena.

Jom kak farah share cara hilangkan ekzema dengan mudah dan murah serta tidak menyakitkan baby taw.

Vaseline Petroleum Jelly Mengurangkan Dan Menyembuhkan Ekzema

Kalau mommies selalu ke watson, mesti biasa nampak jeli petroleum Vaseline kan? Dalam botol bertudung biru. Ada banyak saiz.yang besar ada, yang kecik pun ada. Harganya tak mahal. Bawah RM10 sahaja.

Apa yang kak fara baca dari kajian  oleh Dr. Steve Xu daripada Northwestern Feinberg School of Medicine, katanya bila mommies pakaikan dan sapu vaseline ni pada bahagian kulit bayi yang sensitif, kebarangkalian untuk baby terkena ekzema adalah rendah.

Kak fara sendiri pun guna vaseline untuk bibir. Bibir kak farah kering, jadi bila letak vaseline ni pada bibir, rasa lembap je. Kalau tak sebelum ni asyik nak gigit je bibir. Ketagih macam tu! Haha

Tapi kalau mommies nak cuba pelembap yang lain untuk bayi, tak ada masalah. Cuma vaseline ni sendiri dah terbukti lebih selamat. Kalau produk lain kak farah kurang pasti.

Vaseline ni selamat sebab bebas daripada sebarang parfum atau wangian dan tidak mengandungi pengawet atau aditif yang berpotensi membuatkan ekzema dan alahan lain menjadi lebih teruk!

Kalau mommies rasa musykil,boleh tanya pada doktor dulu sebelum cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *