Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi

Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi

Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi – Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY! Kak Fara yakin ramai ibu di luar sana mengalami masalah mengenai penyusuan kan?

Jangan stress ye ibu. Bila ibu stress, lagi susah untuk menghasilkan susu kerana berkait rapat dengan transmisi otak ibu sendiri. Meh Kak Fara share dengan korang mengenai cara-cara cukupkan bekalan susu badan untuk bayi.

Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi

Apakah Konsep Demand And Supply?

Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied. Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.

Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi

Jadi, YAKINlah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan anda itu CUKUP untuk bayi anda.

Dengan konsep supply ini, yang penting sekali ialah:

“Berapa banyak susu yang bayi perlukan.”

BUKAN

“Berapa banyak susu yang ibu ada.”

YAKINlah bahawa payudara si ibu akan sentiasa menghasilkan susu selagi bayinya memerlukannya. Kat bawah ini kak fara tunjukkan antara cara bagaimana cukupkan bekalan susu badan untuk bayi.

Cara-Cara Cukupkan Bekalan Susu Badan Untuk Bayi

1. Teknik Lekapan Yang Betul

Ibu tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi dalam penyusuan sekiranya cara lekapan salah.
Ini boleh menyebabkan bayi tidak puas menyusu dan kelihatan seperti tidak kenyang.
Ibu pula akan berandaian bayinya TIDAK CUKUP SUSU.

Cara lekapan yang salah pada mulanya akan menyebabkan susu tidak dapat diminum oleh bayi.

Lama kelamaan susu ibu itu sendiri akan berkurangan. Oleh itu, pastikan lekapan mulut bayi pada puting payudara anda betul.

2. Andaian

Ibu juga selalu berandaian apabila payudaranya telah kosong, rasa ringan, tidak penuh dan tidak tegang seperti dalam tempoh berpantang dahulu, maka susu telah berkurangan.

YAKINlah bahawa susu anda CUKUP kerana kuantiti susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan anak dari masa ke semasa.

Apa perlu ibu lakukan? Sentiasa kosongkan payudara.

Ini kerana semakin ibu kerap mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan terhasil.

Tubuh badan manusia bertindak mengikut keperluan, melalui rangsangan yang diberikan kepadanya.

3. Rangsangan

Ibu yang bekerja boleh memulakan aktiviti mengempam dalam tempoh seminggu selepas bersalin lagi. Ini kerana dalam tempoh berpantang, penghasilan susu adalah sangat banyak (massive).

Ibu juga mempunyai banyak masa pada waktu cuti berpantang, untuk mengumpul stok untuk keperluan bayi apabila masuk kerja nanti.

Ibu boleh biasakan diri mengepam menggunakan kaedah tandem nursing iaitu sebelah payudara menyusui bayi dan sebelah lagi mengempam.

Kak Fara selalu praktikkan macam ni.

Sebab kebiasaannya apabila sebelah puting menetek dengan bayi,sebelah lagi kebiasaanya akan bocor. Jadi kak fara standby siap-siap pengepam susu masa tu.Hehe.

Dengan kaedah ini (Tandem Nursing), susu akan lebih banyak lagi terhasil.

Selain itu, ibu juga digalakkan menggunakan pam jenis double iaitu dapat mengempam kedua-dua belah payudara serentak.

Hasilnya pasti memberangsangkan!

InsyaAllah bila korang amalkan cara-cara untuk cukupkan bekalan susu badan untuk bayi ini, kak fara yakin lepas ni tiada lagi masalah dalam penyusuan untuk si kecil.


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *