Cara Atasi HB Rendah Ketika Mengandung

Cara Atasi HB Rendah Ketika Mengandung – Antara rutin yang biasa kita buat bila check up di klinik setiap satu bulan adalah cek paras HB dalam darah kan? Kak fara tubuh semangat, jadi HB selalu cantik, Alhamdulillah. Makan daging bayam dan kurma tiap kali nak check up. Hehe.Tu je rahsianya.

Tapi kalau mommies yang sejenis selalu HB rendah tiap kali check up, jangan stress. Banyak cara untuk naikkan HB ni. Lepas tu, mommies kena ambil berat jugak sebenarnya pasal HB masa mengandung ni sebab nanti boleh jadi kandungan tak membesar dengan baik taw.

Ni bacaan normal HB bagi semua peringkat umur:

  1. Baru lahir : 17-22 gm/dl
  2. Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
  4. Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  5. Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  6. Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  7. Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  8. Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Jadi ni tips yang kak fara boleh kongsi untuk mommies yang nak naikkan paras HB semasa hamil.

Memang ada pelbagai petua naikkan Hb rendah yang jarang-jarang kita dengar tetapi serasi dengan mereka. Namun, jangan percaya seratus peratus. Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa.

1. “Pengalaman sy mkn jmbu batu bnyk2..boleh katakan stp hr sy mkn jmbu batu..hb sblm tu 8 dlm masa 2 mggu lepas hr2 mkn jmbu batu dh jd 11.7..alhamdulillah..ubat pulak sy ambil obimin je..puan boleh cuba..inshaAllah boleh naikkn hb semula..”

2. “Makan buah naga kale merah… hb sy selalu 9 lebih je.. bile mkn terus naik ke 12 n last check up 14.4… mmg terkejut…”

3. “Makan kurma kismis, jgn tinggal.. sy mnagdung kali nie hb Alhamdulillah xpenah cecah 10 kalu yg lepas hb awal2 je 11 pastu 10 penah cecah 9.. skrg dah 28week.”

4. “makan kurma byk2 setiap hari.makan delima plg kurg 3kali seminggu..mmg terbaekkk”

5. “Minum jus kurma+kismis, sy beli jenama toyibba…alhamdulillah,naik hb dr 10.5 ke 11.9”

6. “Saya banyak kan makan lauk pauk . ..jambu batu . ..buah buahan . ..tak boleh telan vitamin pun . .alhamdulillah ..28 minggu hb masih 11.5”

7. “ cuba amalkan mkn jambu batu, insyallah…saya dr bacaan hb10, 2 minggu lps tue dtg klinik check balik, naik hb12. nurse jgk yg suggest mkn jambu batu “

8. “Doc suruh saya mkn ibaret. Dia lg elok dr obimin rasanya.”

9. “sy makan bayam, bilis goreng, hati ayam, hati lembu,, minum susu.. tu je.. naik cpat..”

10. “sy preggy anak 1st dlu HB x menentu gak..mula 12, 11..tetibe drop 10 lebih..mcm2 gak sy mkn tp still naik turun..skrg preggy dh msuk 18weeks.mula2 check 11.8..nurse tukar suruh ambk obimin sbb nk bg menten HB..mbe2 suggest amalkn kurma, kismis, delima,hati, kerang….hrp2 check up seterusnya naik”

Cara Atasi HB Rendah Ketika Mengandung

Kak fara cuma kongsi sahaja. Mommies boleh try and error mana yang sesuai dengan mommies. Kalau menjadi alhamdulillah, kalau tak menjadi jangan sedih. Banyak lagi cara lain mommies boleh usaha taw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *