Boleh Ke Makan Pedas Bila Berpantang Caeser?

Boleh Ke Makan Pedas Bila Berpantang Caeser?
Pengambilan makanan seimbang penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan  luaran selepas melalui pembedahan.

Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup untuk mengembalikan tubuh sihat dan cergas kerana ibu yang bersalin juga perlukan tubuh yang sihat bagi menyusukan bayi mereka.

Ada beberapa orang kawan kak fara yang baru dapat baby baru-baru ni. Kiranya diorang tengah dalam tempoh berpantang lagi la kan.
Pehtu, ramai-ramai la pula tanya kak fara apa makanan yang kak fara makan masa kak fara dalam pantang dulu. Sebab diorang ngadu mak diorang tak bagi  makan banyak dan macam-macam jenis.
Makanan diorang hari-hari ikan bakar dengan nasi putih, air masak tu pun mak diorang control sebab katanya nanti buncit perut lepas tu peranakan kembang. “Orang dalam pantang kecut korang kembang” ,kata mak diorang 🙂

Boleh ke makan pedas ketika pantang selepas menjalani pembedahan?”

Eh pembedahan caesar tu mana boleh makan makanan pedas!

Kak fara tahu mesti ramai mommies yang melahirkan anak melalui pembedahan caesar biasa dengar nasihat ni kan?

Biasanya kebanyakkan ibu akan memilih untuk mengikut nasihat ini.

Biarpun makanan pedas adalah makanan kegemaran, si ibu tidak digalakkan untuk makan pedas ketika pantang, lebih-lebih lagi jika dia baru lepas pembedahan caeser.

Tetapi adalah ini cuma mitos saja sehingga ibu betul-betuk tidak boleh makan pedas ketika pantang? Apakah sebab di sebalik nasihat ini? Mari kita baca penjelasan di sini.

Kesan makan pedas ketika pantang selepas pembedahan caesar

Sama seperti pembedahan besar yang lain, tubuh badan ibu yang baru mengalami pembedahan caeser akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Apabila ibu makan pedas ketika pantang, ini boleh memberi kesan sampingan malah melambatkan proses pemulihan.

Ibu dinasihatkan supaya tidak makan pedas ketika pantang kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan menaikkan risiko berlakunya cirit-birit.

Bayangkan betapa susahnya untuk bergerak dan cabaran menyusu selepas pembedahan. Takkan nak tambahkan sakit cirit-birit pula, kan!

Apabila ibu mengalami cirit-birit, dia akan perlu selalu bangun dan bergerak untuk pergi ke tandas.

Yang dibimbangkan ialah jika ibu terlalu banyak bergerak ataupun meneran terlalu kuat dengan tidak sengaja semasa membuang air besar.

Jangan lupa otot-otot perut baru mengalami tekanan yang hebat dan ibu perlu menjaga jahitan bekas caesar supaya ia tidak terbuka.

Makan pedas ketika pantang juga dikatakan boleh memberi kesan kepada susu ibu dan menyebabkan bayi kembung perut ataupun cirit-cirit.

makan pedas ketika pantang, makanan orang berpantang, tip berpantang, berpantang sihatSumber gambar: Flickr | Irwandy Mazwir

5 makanan yang boleh dimakan selepas pembedahan caesar

Alamak, kalau tak boleh makan pedas ketika pantang kerana ingin menjaga luka pembedahan, habis ibu-ibu ada pilihan apa lagi yang boleh dimakan?

Ha… berikut antara makanan yang boleh dimakan oleh anda:

  1. Makanan mudah dicerna seperti yoghurt yang kaya dengan probiotik. Ia bukan hanya akan mengurangkan sembelit tapi juga akan membantu mengekalkan kesihatan perut ibu.
  2. Ikan, telur, daging dan kacang adalah contoh makanan kaya dengan protein yang boleh membantu pertumbuhan tisu dan membantu proses pemulihan selepas pembedahan.
  3. Buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, tembikai, betik, anggur dan strawberi akan mempercepat proses pemulihan selepas pembedahan dan mencegah jangkitan.
  4. Makanan yang mengandungi besi seperti sayur bayam, kuning telur dan daging merah akan mengekalkan tahap hemoglobin dan pembaharuan sel darah.
  5. Banyakkan mengambil makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju, bayam dan tauhu, ini baik untuk ibu menyusu.
  6. Minum air suam yang banyak kerana ini akan memastikan badan ibu terhidrasi di samping melancarkan susu ibu.
  7. Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran hijau akan membantu mengelakkan sembelit sambil memberi nutrien kepada badan untuk membantu proses pemulihan.

Jadi ingat ya ibu-ibu, bersabarlah dan jangan makan pedas ketika pantang.

Selamat berpantang dan semoga artikel ini membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *