Bahaya Bedung Bayi Terlalu Ketat

Bahaya Bedung Bayi Terlalu Ketat

Kak fara dah pernah cerita pasal bedung ni dekat artikel lama.Tu pun kalau mommies pernah baca.

Ada orang cakap kena bedung dengan ketat supaya bayi lena tidur,ada juga yang cakap sebenarnya bedung sekadar perlu sahaja. Ada juga yang cakap tak yah bedung pun tak pe.

Sebenarnya semua tu atas diri masing-masing.Kalau rasa perlu buat, kalau rasa tak perlu tak payah.

Tapi kalau dah terbuat,kena ingat, jangan bedung bayi terlalu ketat taw mommies. Konon nak kaki anak lurus cantik. Adeh, nak tergelak kak fara dengar hehe.

Antara bahaya bedung bayi terlalu ketat ialah hip dysplasia (keadaan kaki tidak simetri), meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrom (SIDS) atau kematian mengejut, serta perkembangan motor yang lambat.

Satu kejadian sebelum ni di hospital di Indonesia, seorang ibu datang dengan bayinya yang berusia belum lagi 2 hari.

Bayi itu dibedung dengan ketat, pernafasan bayi itu berbunyi dan dia kuat merengek.

Semasa melepaskan kain bedungnya, tangan bayi itu terus terangkat dan menunjukkan tanda kejang (jari-jari kaku dan kejang).

Dan yang lebih kesian, ibu bapanya tidak sedar bayi mereka sudah kejang kerana tertutup rapi dengan bedung.

Sebenarnya bagi kak fara memang wajar la kalau bedung tu sebenarnya bukan satu kewajipan pun.

Sebabnya babyi ketika dalam rahim ibu lagi, bayi  bebas menendang, bertinju, berpusing sesuka hati.

Kemudian setelah dilahirkan, semuanya tersekat kerana dibedung oleh kain yang ketat.

Jika tujuan membedung adalah untuk mengekalkan kehangatan, gunakan selimut atau baju yang lebih tebal.

Mungkin ada sesetengah mak ayah yang membedung bayi diorang kerana risau untuk mendukung bayi yang belum kuat tulangnya. Jadi dengan membedung, mereka dapat menyokong bayi mereka.

Tak salah pun.

Jadi apa yang kak fara nak bagitahu dan pesan dekat sini,buatlah mana yang bagus.Kalau rasa tak perlu,tak perlu buat. Pilih yang terbaik untuk anak kita ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *