Bahan Kosmetik Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil

Bahan Kosmetik Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil

Wanita dan makeup memang tidak dapat dipisahkan. Uniknya kaum wanita ini adalah diri kita memang mahu sentiasa kelihatan cantik. Mahu sentiasa kelihatan bersinar.

Mahu sentiasa kelihatan berseri.

Walaupun sedang mengandung, kadang-kadang mood nak melaram tu ada. Cumanya jika sedang mengandung, perlu berhati-hati kerana khuatir akan membahayakan bayi yang dikandung.

Ada ke makeup sesuai untuk ibu mengandung?

Bolehkah makeup semasa mengandung?

Boleh. Tiada masalah. Cumanya kak fara rasa soalan tu tak spesifik. Sepatut soalan yang patut ditanya adalah

Bahan kimia apa dalam kandungan makeup yang perlu dihindari ketika mengandung

Haa, kalau soalan macam ni memang kak fara ada jawapan. Terdapat banyak bahan kimia yang membahayakan kesihatan para wanita.

Jika sedang mengandung, tolonglah hindari daripada memakai makeup yang mempunyai bahan ini. Apa dia bahannya, jom baca seterusnya. Makeup sesuai untuk ibu mengandung.

Ibu mengandung pun nak cantik jugakk

Retinol. Bahan kimia ini dari vitamin A. Ia banyak terdapat dalam produk anti-aging seperti krim wajah dan juga pelembap.

Walaupun bahan kimia ini boleh mencegah kedut dan meningkatkan kekenyalan kulit, retinol sangat berisiko menyebabkan kelainan pada tulang belakang bayi.

Formaldehida. Bahan kimia yang satu ini biasanya terdapat dalam cat kuku, maskara, dan pelekat bulu mata palsu. Memang perlu jauhi kometik dengan kandungan ini kerana molekul-molekul dalam formaldehida berisiko menyebabkan kerosakan sel.

Phtalates. Bahan kimia ini biasa dijumpai dalam cat kuku, pelembap, bedak, dan parfume. Kajian ada dibuat dan menunjukkan bahawa phtalates dapat diserap oleh plasenta bayi. Jika diserap dalam jumlah berlebihan, bahan kimia ini akan mengakibatkan bayi lahir dengan kecacatan atau berat badan di bawah normal.

Paraben. Jenis pengawet ini kerap digunakan untuk menambah daya simpan produk dan mencegah pertumbuhan bakteri pada kosmetik. Mungkin juga boleh dijumpai dalam scrub wajah, masker, atau pelembap. Paraben sangat berbahaya kerana boleh mengganggu kadar hormon ibu mengandung dan berisiko menyebabkan cancer dalam penggunaan yang berlebihan.

Hydroquinone. Penggunaan bahan kimia dalam produk pemutih wajah ini sudah dilarang penggunaanya di seluruh dunia. Jadi kalau mommies pakai makeup ketika mengandung, pastikan makeup mommies bebas dari hydroquinone atau bahan pemutih kulit lainnya. Beralihlah kepada yang organik atau natural

Ini adalah antara 5 bahan kimia yang WAJIB mommies hindari ketika mengandung. Ada soalan susulan muncul

Jika ini tak boleh itu tak boleh, apa yang boleh???

Beralihlah kepada NATURAL MAKEUP. Walaupun natural makeup yang menggunakan bahan organik ini tak banyak di pasaran,tetapi mommies boleh cari di mana-mana farmasi atau drugstore berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *