Bagaimana Mommies Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Anak?

Bagaimana Mommies Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Anak?

Bila nampak bayi mommies dah mula nak  melangkah untuk pertamanya,mommies pasti sangat teruja. kan? Tapi, sebenarnya perkembangan fizikal bayi ni sudah lama terlatih untuk bersedia berjalan sejak mereka lahir lagi.

Ha… so kalau mommies nak tahu bagaimana ia boleh terjadi dan apa yang ibu bapa boleh buat untuk membantu perkembangan fizikal bayi, jom baca dengan lebih lanjut.

Bagaimana ibu bapa boleh bantu perkembangan fizikal bayi?

1 – Membina otot dan koordinasi anak untuk menyokong perkembangannya

perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Bayi ni dah mula meniarap dan apabila mereka sudah mula pandai duduk, koordinasi dan otot mereka juga akan berkembang. Ini kerana mereka sedang menyediakan diri mereka untuk pergerakan seterusnya.

Tidak lama selepas itu, mereka akan mula mengimbangi badan dengan meniti. Mereka sedang berlatih untuk mula berdiri sendiri pula. Dan akhirnya berjalan.

Bantu bayi mommies menguatkan ototnya!

Memberi bayi banyak masa meniarap sebelum mereka mula merangkak akan membantu menguatkan otot yang mereka perlukan untuk perkembangan fizikal bayi yang seterusnya itu.

Jadi lebihkan aktiviti meniarap (tummy time) dengan bayi ye.

Bagi bayi yang sudah menunjukkan tanda-tanda hendak merangkak, mommies boleh galakkan mereka mencapai permainan dalam keadaan meniarap.

Mereka akan termotivasi untuk bergerak dan mencapai barang permainan tersebut. Ini salah satu cara mommies boleh merangsang perkembangan fizikal bayi comel itu.

perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Lagi satu cara yang menarik ialah dengan membuat laluan berhalang untuk mereka. Letakkan bantal, kusyen untuk mereka bergerak. Ini akan membantu melatih otot mereka.

Namun, pastikan kawasan di sekeliling adalah selamat untuk bayi  meneroka. Tiada wayar elektrik atau benda tajam yang boleh dicapainya.

2 – Dari merangkak ke berjalan, ajar anak cara bongkokkan lutut

Selalunya di usia 9 bulan, bayi akan mula meniti. Mereka akan memegang perabot untuk mula berjalan.

Mereka akan memerlukan 2 hingga 3 bulan untuk betul-betul tahu berdiri tanpa sokongan.

Apa yang mommies boleh lakukan adalah dengan tunjuk kepadanya bagaimana mereka boleh membengkokkan lutut supaya mereka boleh duduk tanpa perlu jatuh.

Biar mereka mencuba sendiri bagi mengetahui cara mengimbangi badan mereka.

perkembangan fizikal bayi, pertumbuhan fizikal bayi, perkembangan fizikal kanak kanak, pertumbuhan fizikal kanak kanak

Beri mereka ruang yang selamat untuk mencuba mengimbangi badan mereka. Pastikan mereka tidak mencapai kawasan yang bahaya.

Sebelum mula langkah pertama

Sebelum bayi mahir berjalan, mereka memerlukan latihan yang banyak. Berikannya galakkan untuk dia lebih banyak mencuba.

Semakin mereka mencuba, semakin mereka mahir untuk mengimbangkan diri. Dan lama-kelamaan, mereka sudah berjalan.

Ketika ini, mommies harus memastikan kawasan sekeliling bebas dari tempat memanjat yang bahaya. Pastikan terdapat pagar keselamatan di tangga bagi  mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Banyakkan merangsang otot dan sensori anak mommies dengan pelbagai aktiviti. Biarkan tapak kaki mereka rasa tekstur karpet, pasir, dan rumput.

Haa mommies nampak tak macam fizikal bayi berkembang dari semasa ke semasa?Yang penting mommies kena bagi banyak sokongan dan galakkan pada bayi taw.Mintak si papa join sekali.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *