8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah

8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah

8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah – Sama ada ibu merancang untuk melakukan pembedahan caesar ataupun tidak, banyak yang boleh dipelajari mengenai prosedur ini, serta proses pemulihannya.

Kak fara tahu, ramai ibu yang memang berniat dari awal untuk melahirkan secara normal. Tapi pada saat genting, mungkin kita terpaksa ‘redha’ untuk dibedah.

Pembedahan ini adalah pembedahan besar dan tidak boleh dianggap ringan.

Ibu perlu jaga badan dengan baik semasa tempoh pemulihan dari prosedur ini.

Berikut adalah 8 tip pulihkan luka pembedahan bersalin dengan mudah yang ibu pasti ingin tahu sebelum melaluinya.

1. Gaun labuh

Jika anda tidak suka pakai gaun yang disediakan oleh hospital, jangan lupa bawa gaun labuh sendiri.

Selepas pembedahan, seluar akan menjadi “musuh” paling ketat anda.

Kawasan luka anda masih baru lagi dan terasa sakit.

Getah pada seluar mungkin boleh terkena atau tergeser pada luka dan menyebabkan ketidakselesaan.

2. Seluar dalam kasa elastic

8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah

Sesetengah hospital mungkin akan bekalkan seluar dalam khusus yang terbuat dari kasa elastik dengan potongan lebih tinggi untuk memuatkan perut anda.

Kadang-kadang, seluar dalam pakai buang akan diberi ataupun anda boleh belikannya sendiri.

Walaupun nampak hodoh, seluar dalam ini dibuat khas untuk wanita selepas pembedahan caeser.

Ia sangat longar dan tidak akan menarik, menggeser, atau menarik di kawasan luka.

Tambahan pula, anda akan berdarah dengan banyak. Apabila memakai seluar dalam pakai buang, anda boleh buang seluar dalam itu jika darah bocor!

3. Mula berjalan-jalan

Walaupun sakit, cuba bangun dan berjalan selepas pembedahan anda, jika doktor memberi kebenaran.

Jangan baring lama-lama di katil hospital!

Anda perlu meningkatkan aliran darah, dan berjalan juga akan membantu menggerakkan gas di dalam badan anda.

Pihak hospital tidak akan membenarkan anda makan atau keluar dari hospital sehingga anda telah melepaskan kentut. Jangan tak tahu ya!

4. Jangan lupa untuk rehat

Jangan lakukan terlalu banyak perkara walaupun anda berasa diri telah mampu untuk melakukannya.

Jangan lupa yang tubuh badan anda baru sahaja menjalani pembedahan besar dan masih perlu pulih dan berehat.

Kerja rumah boleh tunggu dulu atau dilakukan oleh orang lain (ehem, encik suami!).

Jangan nak jadi supermom. Nanti tubuh badan anda akan letih dan lambat pula pulih.

5. Ubat pelembut najis

8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah

Anda mungkin akan mengalami kesulitan dan kesakitan semasa membuang air besar untuk beberapa hari selepas pembedahan caeser.

Kawasan abdomen anda mungkin akan rasa sakit juga, tetapi semua ini normal.

Dengan memakan ubat pelembut najis ia akan menjadi lebih senang untuk membuang air besar.

Anda boleh cuba minta ubat ini dari doktor anda.

6. Bantal akan menjadi kawan baik anda

Sebaik sahaja anda berdiri, duduk, berjalan, batuk, ketawa, atau bersin, ia akan rasa seperti luka anda itu akan terkoyak!

Untuk membantu mengurangkan masalah ini, bawa bantal bersama anda pada setiap masa.

Tekan bantal pada perut anda dan tekanan ini akan membantu melegakan kesakitan.

Selain itu, jika anda rasa lebih selesa tidur tepi anda boleh letakan bantal dibawah perut untuk memberi sedikit sokongan.

7. Pakaikan bengkung

Bengkung perut adalah alat hebat yang dipakai di sekeliling perut untuk membantu ibu-ibu berdiri dan bergerak dengan selesa kerana ia bertindak sebagai “support” pada bahagian perut.

Sekiranya anda tidak memakainya, perut anda akan berasa “longgar” dan tidak selesa.

8. Ketahui cara betul untuk bangun dari katil selepas pembedahan caeser

Jika anda baru lepas pembedahan, langkah pertama adalah untuk belajar cara betul untuk bangun dari katil sendiri.

Sudah pasti anda tidak dapat bangun dari katil seperti biasa akibat luka pembedahan caeser.

8 Tip Pulihkan Luka Pembedahan Bersalin Dengan Mudah

  • Iring badan anda ke tepi ke pinggir katil
  • Letakkan kedua-dua kaki anda ke lantai
  • Dengan bantuan tangan, tolak dan alihkan badan anda ke posisi duduk
  • Berdiri dengan perlahan-lahan
  • Terbalikkan langkah-langkah ini apabila ingin baring. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah sehingga luka perut beransur sembuh.

Yang paling penting, jangan malu untuk menerima sebarang pertolongan di rumah, supaya ibu boleh rehat dan pulih dengan baik ya ibu-ibu semua! Moga 8 tip pulihkan luka pembedahan bersalin dengan mudah dapat membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *