8 Moment Indah Semasa Mengandung Idaman Setiap Ibu

8 Moment Indah Semasa Mengandung Idaman Setiap Ibu

8 Moment Indah Semasa Mengandung Idaman Setiap Ibu – Kalau orang tanya Kak Fara, nak mengandung lagi tak,kak fara akan jawab ‘ya’. Sebab mengandung tu best, yang tak best adalah nak melalui proses melahirkan anak tu. Hehe. Banyak moment-moment yang kak fara rindu masa mengandung. Rasa macam sekejap je 9 bulan taw.

Antara moment indah yang kak fara rindu pasal mengandung:

1. Layanan Istimewa Dari yang Tersayang

Mungkin ramai yang bersetuju dengan perkara ini. Sebaik sahaja menerima berita yang kita hamil, antara orang pertama yang akan melayan kita dengan penuh kasih sayang dan keistimewaan adalah suami kita – layanan bak permaisuri!

Malah, ahli keluarga yang lain turut bergembira. Kadang-kadang, ibu atau ibu mertua siap memasak makanan kegemaran kita dan menghantarnya dari jauh.

2. Rasa Bayi Bergerak dalam Rahim

Antara perkara tentang mengandung yang akan anda rindui adalah rasa pergerakan bayi dalam rahim. Walaupun kita hanya boleh merasa tendangan dan ‘flip’ bayi dalam rahim antara 16 ke 25 minggu selepas mengandung, namun ia cukup membuatkan kita teruja.

3. Masa Tidur dan Rehat yang Mencukupi

Hanya ketika kita mengandung sahaja kita dibenarkan untuk berehat dan tidur berjam-jam. Tiada siapa yang akan menyalahkan kita atau memanggil kita pemalas.

Kenapa? Kerana sememangnya keadaan perubahan pada badan kita membuatkan penat dan letih itu selalu berlaku.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan dan kita mula meneruskan rutin harian seperti biasa, agak sukar untuk memperoleh waktu tidur dan rehat sebegini.

4. Mengidam dan Makan Tanpa Rasa Bersalah

Selepas melahirkan anak dan ketika berada dalam pantang, pilihan makanan kita adalah sangat terhad. Selepas berpantang dan memulakan kerja, kita tidak boleh makan sebarangan (diet katanya).

Nah, ketika mengandung? Mintalah apa sahaja, pasti kita akan dapat. Suami akan berusaha untuk mencari daging rusa panggang atau jeruk manga asam boi, walaupun lewat malam!

Rasa mengidam juga sememangnya sinonim dengan perangai ibu mengandung. Memang seronok rasanya dapat merasa pelbagai jenis makanan – tanpa rasa bersalah! Tidak perlu terlampau risau tentang isu berat badan.

5. Seri Ibu Mengandung

Ini merupakan satu lagi perkara tentang mengandung yang akan anda rindui. Tidak semua orang berpeluang untuk mengalami pengalaman ini. Hanya sesetengah orang sahaja dapat merasainya iaitu seri ibu mengandung.

Menurut American Pregnancy Association, seri ibu mengandung adalah perubahan psikologikal yang disebabkan oleh peningkatan hormon ketika mengandung.

Malah seri mengandung juga disebabkan oleh penambahan penghasilan darah sehingga 50% ketika hamil. Sebab itulah wajah kita bukan sahaja berseri kerana gembira tetapi juga kerana perubahan psiologikal yang diterangkan di atas.

6. Membeli-Belah Baju Mengandung

8 Moment Indah Semasa Mengandung Idaman Setiap Ibu

Kalau sudah namanya wanita, aktiviti membeli-belah pasti menjadi satu kerinduan. Sewaktu mengandung, kita cukup suka pergi ke pusat membeli-belah dan keluar masuk ke kedai baju ibu mengandung dan ruang baju dan barangan bayi.

Geram rasanya apabila melihat baju-baju bayi yang comel, barangan bayi yang paling terkini, serta baju ibu mengandung yang cantik dan stylo.

Selepas melahirkan anak dan apabila lalu di kedai-kedai begini, anda pasti teringin untuk masuk dan membelinya, kan?

7. Merasai Hubungan Istimewa Dengan Insan dalam Badan Kita

Ini lagi satu perkara tentang mengandung yang akan anda rindui – merasai hubungan istimewa dengan insan yang sedang membesar dalam badan kita.

Sewaktu mengandung, seronok rasanya apabila dapat mengusap perut kita dan berzikir atau menyanyi kepadanya. Malah, suami kita turut kerap memegang perut kita dan bercakap-cakap dengan bayi. Ia mencipta satu hubungan istimewa antara kita, ibu dan ayah, dengan anak dalam rahim.

Selepas mengandung? Pelik pula rasanya jika kita mengusap perut yang kosong atau kembung selepas makan….

8. Rindu Bau Bayi

Kadangkala, kita rindu hendak mengandung bukannya kerana 9 bulan tersebut, tetapi lebih kepada beberapa minggu selepas melahirkan anak. Kita rindu bau bayi!

8 Moment Indah Semasa Mengandung Idaman Setiap Ibu

Beberapa minggu selepas dilahirkan, bayi memang ada bau yang unik dan wangi. Orang kita menggelarkannya bau dari syurga.

Selepas beberapa tahun dan anak tersebut mula meningkat dewasa, sudah pasti kita akan teringat-ingat bau tersebut. Dan, datanglah rasa rindu untuk mengandung lagi!

Tapi semua tu dah jadi kenangan,hidup mesti diteruskan. Jadi, inilah 8 moment indah semasa mengandung idaman setiap ibu. Jom merancang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *