7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu

7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu

7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu – Sebenarnya kak fara pun baru sahaja tahu susu badan kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berlainan.Pernah tak korang dengar mak-mak korang bagitahu:

“Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” “Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali”

Kak Fara selalu dengar tapi tak tertanya pulak sejauh mana maksudnya.Hehe.

Baru-baru ni kak fara terbaca perkongsian mengenai susu badan dari Konsultan Penyusuan Ibu Puan Suraya Ali yang menjelaskan 7 fakta susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.

Fakta #1
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.

7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu

Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).

Fakta #2
Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.

Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.

Fakta #3
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.

Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.

Fakta #4
Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.

7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu

Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.

Fakta #5
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).

Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.

Fakta #6
Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.

7 Fakta Susu Badan Kiri Dan Kanan Para Ibu Perlu Tahu

Fakta #7
Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.

Jadi para ibu kena praktikkan teknik penyusuan badan yang betul seperti yang disarankan oleh konsultant susu ibu. Amalkan teknik sebegitu supaya bayi dapat menyerap nutrient yang mencukupi dari susu badan kita. Inilah 7 fakta susu badan kiri dan kanan para ibu perlu tahu.

Selamat menyusu para ibu!


P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *