6 Tip Perlu Buat Untuk Hilangkan Cirit Birit Ketika Hamil

tanda-tanda contraction

6 Tip Perlu Buat Untuk Hilangkan Cirit Birit Ketika Hamil

6 Tip Perlu Buat Untuk Hilangkan Cirit Birit Ketika HamilCirit birit dengan ibu hamil memang tak dapat dipisahkan. Malah sembelit juga boleh terpalit sama. Jadi ibu hamil di luar sana, kak fara yakin cirit birit merupakan masalah sangat ‘besar’ bagi korang.

Mana tidaknya,dengan perut memboyot lagi, nak berulang alik ke tandas perkara yang sangat meremehkan.

Betul tak? Hehe.Tak mengapa, hari ni Kak Fara akan share 6 tip perlu buat untuk hilangkan cirit birit ketika hamil

Jom baca..

Banyakkan Berehat

Biasanya bila ibu hamil terkena cirit birit,badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya akibat kehilangan banyak tenaga. Jadi pastikan korang berehat secukupnya bagi mengembalikan tenaga yang hilang supaya kandungan dan si ibu tidak terjejas.

Minum Air Banyak

Minum air masak sebanyak mungkin. Kalau tekak dah loya nak telan air masak,ambil vitagen atau yakult. Minum sedikit demi sedikit supaya badan kekal terhidrasi dan bertenaga.

Kerap Makan

Walaupun ibu kerap ke tandas untuk membuang, pastikan korang tetap makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Cuba makan makanan tinggi karbohidrat seperti roti,kentang,pasta atau nasi. Elakkan makan pedas dan berlemak.

Menu Sedap Dan Berkhasiat Untuk Ibu Berpantang.

Rawat Sistem Pencernaan

Kalau kak fara, tiap kali cirit kak fara akan minum vitagen atau yakult.

Sebab dua minuman ni memang sangat membantu dan cepat memulihkan sistem pencernaan badan taw. Tapi kalau ibu hamil yang ada GDM, boleh ambil vitagen yang tidak bergula.

Jangan Memandai Bantai Ubat!

Elakkan mengambil sembarangan ubat ketika cirit birit sewaktu hamil.

Ibu hamil perlu lebih peka dengan pengambilan ubat ketika hamil memandangkan tidak semua ubat-ubatan sesuai untuk ibu hamil. Korang kena rujuk dengan doktor dahulu sebelum membeli sebarang ubat.

Segera Jumpa Doktor

Kalau cirit-birit ketika hamil berlarutan melebihi 48 jam,segera ke klinik berhampiran.

Jangan duk menangguh lama-lama di rumah. Elakkan bertangguh dari berjumpa doktor. Takut nanti ada kompilasi lain lak yang berlaku. Kan dah susah.

6 Tip Perlu Buat Untuk Hilangkan Cirit Birit Ketika Hamil

P/S: Hi mommies.. Jom lawati Kedai Fesyen Ibu Mengandung Kak Fara. Banyak KOLEKSI BLOUSE, JUBAH, KURUNG, SELUAR yang sangat cantik dan banyak pilihan warna. Fesyen baju mengandung PALING UP TO DATE dan TERKINI sangat SELESA sesuai untuk bersiar-siar, kerja pejabat, Majlis mahupun di rumah. Sila dapatkan harga DISKAUN dengan melayari Website >> FURBY MOMS << 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Fanpage Facebook FURBY MOMS
Instagram FURBY MOMS
Website FURBY MOMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *