6 Tanda Amaran Bukti IbuBapa Salah Didik Anak

6 Tanda Amaran Bukti IbuBapa Salah Didik Anak

6 Tanda Amaran Bukti IbuBapa Salah Didik Anak – Nak mendidik anak bukan perkara senang.Sebab tu lah kak fara tabik sangat dekat mommies yang ada anak ramai.

Boleh bersabar dan sangat-sangat tenang mendidik anak yang ramai. Serius kak fara sendiri pun masih dalam fasa menjiwai dan menyabarkan diri untuk jadi ibu terbaik kepada mariyam.

Didik anak ni umpama perlukan sebuah kampung sebab serius bukan senang!Apatah lagi anak perempuan.

Tapi sebab itulah orang selalu cakap,pergi tuntut ilmu keibubapaan.Tapi ramai yang gelak kononnya alah semua tu boleh belajar sendiri lah .Konon kan!

Alih-alih ramai yang meroyan sebab anak.Puncanya?

Puncanya sebab tak ada ilmu!

So jom tengok hari ni kak fara nak share 6 Tanda AMARAN Bukti IbuBapa Salah Didik Anak..Mommies dan papa kena semak balik,ada tak tanda-tanda ni dekat anak-anak.Kalau ada,kena cepat-cepat perbetulkan!

1. Menjerit dan menggunakan bahasa kasar

 

Menjerit marah dan menggunakan bahasa kasar bukanlah sesuatu yang normal pada kanak-kanak

Jika anak mommies sering menjerit walaupun dalam hal yang kecil, ini mungkin kerana mereka sering melihat anda berbuat demikian.

Perilaku anak adalah refleksi ibu bapa mereka. Jadi, pastikan anda tentang dan membuat pilihan perkataan yang betul untuk bercakap.Sebolehnya,nak bergaduh laki bini,pergi masuk bilik ye!

2. Anak stress dan tidak bersemangat

Sangat mudah untuk melihat anak kita stress dan tidak bersemangat. Dalam dunia yang semakin penuh cabaran, ibu bapa sering berfikir bagaimana memastikan anak dapat maju seiring seperti anak orang lain.

Sedangkan sepatutnya, mommies lebih tahu tahap anak mommies bagaimana!

Jangan terlalu memaksa mereka lakukan perkara yang yang boleh merosakkan zaman kanak-kanak mereka. Biarkan mereka mengikut minat dan bantu mereka menjadi terbaik dengan minat itu.

3. Anak ketagih dengan gadjet

cara mendidik anak

Ketagihan terhadap gajet merupakan tanda anak anda tidak diberikan pendedahan terhadap perkara lain.

Isu yang sangat diperkatakan sekarang. Betul, kadang-kala disebabkan tekanan orang sekeliling, ibu bapa memilih untuk mengawal anak dengan gadjet. Malangnya, cara ini akan memakan diri.

Anak-anak yang ketagih dengan gadjet adalah tanda mereka diberi gadjet terlalu banyak. Anda boleh berikan mereka masa skrin, tapi harus mempunyai had.

Ni tidak apa yang kak fara perasan,kalau pergi kedai makan,kiri kanan semua anak dengan gadget.Sedih betul !

4. Tidak mahu membantu dalam kerja rumah

Mereka sudah terbiasa diberi kebebasan untuk bermain. Semasa mereka ingin membantu mommies, mommies memarahi mereka dan menyuruh mereka bermain. Macam biasa dengar kan?

Sebenarnya, membiarkan mereka membantu dengan kerja rumah dari kecil adalah cara bagaimana mommies boleh memupuk mereka untuk menjadi lebih ringan tulang kelak.

5. Tidak beradab dan suka menipu

cara mendidik anak

Bak kata pepatah Inggeris “Monkey see, monkey do” mereka hanya buat apa yang mereka lihat

Ini juga adalah refleksi dari diri ibu bapa. Jika mereka pernah melihat mommies tidak beradab dengan sesiapa termasuklah pasangan, mereka akan meniru kita.

Begitu juga dengan menipu, jika anda menipu di hadapan mereka, mereka akan turut belajar menipu.

Sekiranya mereka meniru perbuatan ini dari orang luar, anda harus menegur mereka. Cara menegur juga memainkan peranan. Jangan terus marah, tapi tegurlah dengan baik

6. Mengamuk jika tidak dapat apa yang diinginkan

Apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka terus mengamuk dan membuat perangai.

Ini kerana mungkin mereka sudah terbiasa mendapat apa yang mereka minta. Atau tekanan rakan sebaya lain yang juga mempunyai apa yang mereka inginkan.

Adalah tugas anda untuk mendidik mereka yang bukan semua perkara yang diingini boleh dimiliki.

Penting ye sebenarnya mommies dan papa tahu pasal ni.Nampak macam remeh tapi beri impak yang sangat besar pada masa akan datang.Ibu bapa lah yang mencorakkan anak-anak.Baik anak,baiklah ibu ayahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *