5 Tips Ransang Minda Bayi Dengan Alat Permainan Yang Betul

5 Tips Ransang Minda Bayi Dengan Alat Permainan Yang Betul – Bila sebut pasal permainan,mommies semua happy terlajak kalahkan si kecil kan? Sebab mommies tak sempat nak rasa semua tu masa kecik.

Jadi lepaskan gian bila dah ada anak kecik. Hehe. Tapi mommies perlu cakna bukan semua jenis mainan sesuai untuk bayi berumur 18 bulan ke bawah.

Antara perkara yang tidak diingini berlaku apabila bayi cuba masukkan mainan ke dalam mulut.Silap hari bulan boleh mati!

Jadi, inilah artikel yang kak fara nak kongsi dengan mommies supaya pilih mainan yang bersesuaian dengan umur bayi supaya diorang lebih fokus dan berkembang!

Untuk bayi yang masih baru baring-baring belum boleh merangkak, permainan yang sesuai adalah permainan yang merangsang 5 deria:

1. Penglihatan (see)

2. Pendengaran (hear)

3. Deria rasa (taste)

4. Deria sentuhan (touch)

5. Deria bau (smell)

5 Tips Ransang Minda Bayi Dengan Alat Permainan Yang Betul

Jadi untuk bayi fokus kan beli permainan yang colour-colour terang dan berwarna warni. Yang ada bunyi-bunyi. Cari jugak permainan yang bercermin untuk merangsang penglihatan bayi. So, next time beli mainan untuk baby, kena tanya adakah mainan merangsang 5 perkara ini?

Untuk bayi yang sudah merangkak (up to 18 months), kita tukarkan aktiviti kepada aktiviti yang merangsang koordinasi dan perkaitan.

Contoh :

1. Susun-susun ring

2. Asingkan mainan ikut bentuk (shape sorter)

3. Blocks

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masa mandi, mandikan anak dalam kolam kecil, besen atau bathtub. Belikan bathtub toys: macam gayung, itik terapung, yang menyebabkan water splash, isi-isi dan tuang.

Waktu ini juga kenalkan anak dengan #language. Ajar ini apa, ini apa. Beli kan buku mengenai objek dan perkataan, Bila anak pegang sesuatu beritahu nama objek itu.

Jadi, lepas ni dah tak blurkan nak ajar anak apa?

Mommies jangan lupa cuba apa yang kak fara share ni taw? Penat kak fara taip. hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *