5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang

5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang

5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang – Bila dengar jiran sebelah rumah dah selamat bersalin,kita sebagai jiran ni mesti dah kepoh kan? Kononnya tak sabar nak tengok baby comel.

Beria nak tengok baby je yang lebih, maknya bukan nak tengok sangat kan. Hehehe. Kalau kak fara pun sama. Excited nak tengok dan bau baby baru lahir ni. Tambah lagi kalau dah lama tak bau baby, mesti perasaan tu lain macam excited.

5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang

Tapi kak fara ada pesanan sikit untuk semua mommies terutamanya yang nak pergi melawat baby baru lahir dan ibunya sekali. Biasanya golongan mommies je yang macam ni. Golongan bapak kurang yang macam ni. Hehe.

Nak tahu apa dia pesanan kak fara? Ok jom baca 5 perkara anda perlu elak sewaktu melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir.

1. Jangan Sibuk Nak Datang Bila Badan Tak Sihat

Ok yang ni sangat penting taw.

Sebabnya kalau mommies atau anak-anak mommies yang tidak sihat  pergi melawat baby dan ibu pantang khuatir nanti berjangkit dekat diorang pulak virus-virus tu.

Kak fara faham korang memang tak sabar nak tengok baby,tapi sabar dulu.

Jangan pentingkan diri sendiri taw. Dalam tempoh berpantang ni, baby dan ibu berpantang sendiri pun dalam keadaan lemah. Imuntii mereka lemah lagi. Jadi antibodi diorang pun tak kuat. Mudah sangat nanti nak berjangkit.

2. Jangan “SERBU” Mengejut

5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang

Tahu la korang excited tahap tak tahu nak explain dah.

Tapi jangan main serbu je rumah orang taw. Kita kan ada adab menziarah orang sakit. Sebaiknya sebelum pergi tu, call dulu tanya diorang boleh datang ke tidak.

Manalah tahu kot diorang perlukan masa untuk berehat.

Macam kita jugak, kita tengah sakit pun mesti tak nak jumpa orang sebab tak larat nak melayan. Sama lah dengan ibu pantang ni.

Diorang baru lepas penat berjuang di labour room, balik rumah nak melayan korang lagi. Boleh jadi stress taw bila tak cukup rehat. Jadi hormat masa diorang ye!

3. Balik Mandi Dulu !

Ni satu lagi. Ada juga golongan macam ni. Balik kerja peluh busuk semua terus pergi tengok baby. Kononnya nak jimat masa. Kononnya tak sabar nak peluk cium baby.

Yang ni kak fara pun sangat kurang berkenan taw.

Korang peluh balik kerja terus mai nak cium anak orang. Ish kurang manis taw. Tak elok. Kita tak tahu kuman apa yang korang bawak balik dari tempat kerja tu. Jadi, banyakkan bersabar, balik rumah mandi bersih-bersih dulu. Lepas tu korang pergilah melawat lama manapun.

4. Jangan Duk Main Angkat Anak Orang !

Ya, korang kalau pergi rumah ibu pantang ni, jangan main angkat dukung maacm tu je anak orang taw. Minta izin dulu. Bayi yang baru lahir ni sensitif ye. Kita tak tahu mungkin diorang allergik dengan bau perfume kita atau bahan pencuc pakaian kita. Jadi sebaiknya minta izin dari ibu diorang dulu ye.

5. Mulut Jangan “Cabul” Sangat

Yang ni biasa la. Hehe. Dalam ramai-ramai yang datang melawat mesti ada sorang dua yang kepoh jadi ‘mak cik bawang’. Kononnya nak melawat tengok baby,tapi alih-alih mulut dia kalah pengacara melodi taw. Ada yang sampai cakap macam ni:

“uih..awat kepala anak hang besaq..”

“hang beranak normal ka ikut tingkap?..”

“wehh banyaknya hang kena jait, ni mesti hang tak pandai teran..”

5 Perkara Anda Perlu Elak Sewaktu Melawat Ibu Berpantang

Uihh kepohnya mak cik bawang ni.

Sampai rasa nak jait-jait mulut tu kalau boleh. Kita sebagai pelawat, seharusnya kena la jaga perasaan ibu berpantang ni.

Dalam tempoh ni, hormon diorang tak stabil lagi taw. Emosi pun masih berkecamuk. Sebab tu ramai ibu berpantang yang meroyan. Di sebabkan mulut-mulut macam nilah.

Ada sesetengah ibu yang baru bersalin tak suka menerima pelawat semasa di dalam tempoh berpantang.

Jadi kita sebagai pelawat haruslah menjaga etika ketika melawat. Jangan lupa buah tangan semasa melawat mereka. Yang ni kot boleh legakan perasaan diorang. Hehe.

Jadi mommies sekalian atau anda yang baca artikel kak fara ni, kak fara harap jangan buat 5 perkara di atas ni semasa melawat baby baru lahir dan ibu berpantang taw. Pendek kata, kita hormat orang, orang akan hormat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *