5 Makanan Penting Untuk Elak Susu Kering

5 Makanan Penting Untuk Elak Susu Kering – Mommies pernah tak rasa ada suatu hari tu susu macam drop je?Baby pun macam tak puas menyusu sampai meragam.

Kak fara pernah rasa sampai stress sangat taw. tapi orang kata,kalau menyusu badan ni tak boleh stress. Kalau tak nanti susu makin drop. Maka berpositiflah kak fara dinihari walaupun stress yang amat. hehe.

Jenuh kak fara fikir kenapa susu boleh drop tetiba ni. Makan dah bukan main berselera. Air minum macam biasa. Fikir punya fikir, selidik punya selidik rupanya apa yang kak fara makan tu boleh dropkan susu badan rupanya.

Kalau mommies nak tahu, ini 5 jenis makanan yang selalu kita makan.Tapi tanpa kita sedar boleh dropkan susu badan taw.

1. KOPI

5 Makanan Penting Untuk Elak Susu Kering
Kopi ni memang feberet kak fara. Serius tak boleh tinggal. Tak tahu kenapa rasa puas kalau minum kopi taw. Tapi sebenarnya kopi ni walaupun boleh hilangkan mengantuk sebenarnya kopi tak elok untuk menyusu badan.
Sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu kita.
Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur.
Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.

2-MAKANAN PEDAS DAN BEREMPAH

Lepas hampir 3 bulan berpantang kan,kak fara tibai semua jenis makanan. Pedas tak pedas semua sumbat sebab menahan pantang 3 bulan.Haha.Tapi sebenarnya makanan pedas pun tak elok!

Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya.

Tapi kalau mommies nampak bayi kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.

3. PRODUK TENUSU

Simtom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut: colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Kalau produk tenusu menyebabkan anak mommies mendapat simtom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan oleh produk tenusu.

4. COKLAT

Perempuan dan coklat memang macam isi dan kuku. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi.

Jika mommies rasa coklat boleh buatkan bayi mommies meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Kalau nampak perubahan yang positif pada bayi mommies, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.

5. KACANG

www.anabolicmen.com

Yang kak fara tahu, mak kak fara cakap kacang ni angin. Sebab tu kena pantang lama sikit. Takut perut baby kembung. Kalau perut kita kembung, pandai la kita cari ubat sapu kan.Tapi kalau baby kembung, diorang tahu nangis je. Kesian.

Kalau mommies makan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, mommies mungkin perasan simtom seperti berikut: kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.

Jadi mommies kena cakna juga ye dengan jenis pemakanan seharian yang mommies ambik untuk susukan bayi ye. Sebab apa yang masuk dalam badan kita, akan jadi darah daging. Lepas tu bayi pun ambil nutrien yang sama dari badan kita. Kak fara tengah usaha tahan nafsu makan je ni. Hehe.

Selamat mencuba mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *