4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak !

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak – Kegembiraan dapat memegang bayi kecil itu dalam dakapan sendiri adalah tidak terkata. Akhirnya bayi yang dikandung 9 bulan ini selamat dilahirkan. Kak fara yakin ramai ibu tidak bersedia menanti dan menatap wajah si kecil dalam dakapan.

Dan perkara paling best ketika menunggu hari adalah membuat persediaan untuk si kecil. Antara perkara penting yang perlu dibeli adalah lampin bayi. Bayi yang berumur 3 bulan kerap menukar pampers.

Semua ibu bapa mahu beri yang terbaik pada bayi baru lahir mereka. Sebab itu mereka pilih untuk beri penyusuan eksklusif, susu formula terbaik, pakaian bayi paling bergaya dan yang paling penting lampin apa yang paling sesuai.

Dari situ datanglah kerisauan tentang perbelanjaan pula. Lampin adalah satu benda yang semua ibu bapa kena kerap beli.

Jadi, bagaimana korang boleh berjimat?

Jom 4 tip bagaimana membeli lampin bayi secara bijak dengan harga yang berpatutan!

1. Bangun Awal Untuk Pameran Bayi

Tempat terbaik untuk mendapatkan lampin pelbagai saiz, sambil berjimat sudah tentulah di pameran bayi!

Memandangkan pelbagai jenama berada di bawah satu bumbung, ibu bapa boleh memilih jenis lampin yang berbeza.

Anda juga boleh bawa balik sampel percuma semua saiz sebab anak kecil anda itu akan semakin membesar. Ambil pelbagai saiz memudahkan kerja!

Ibu bapa yang datang lebih awal biasanya akan menikmati diskaun sehingga 10%.

Kadang-kadang, anda boleh dapat tawaran pakej menarik untuk pembelian pukal juga!

Jom serbu mana-mana pameran bayi ini:

Ekspo Bayi Premium Antarabangsa Malaysia, 10 hingga 12 November 2017
Ekspo Bayi TCE, 25 hingga 26 Nov 2017

2. Lampin Kitar Semula

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak

Apa-apa yang boleh dikitar semula merupakan satu bonus untuk dompet anda. Ini sebab lampin kena dibeli setiap minggu, anda kena keluar duit setiap bulan.

Jadi, jom beralih ke lampin yang boleh diguna semula. Saiz lampin pun boleh dilaras.

Zaman teknologi canggih sekarang memudahkan lampin jenis ini dipakai dengan seluar kalis air atau dengan lapisan serbet yang mudah dibasuh.

Anda boleh mendapatkan lampin pakai buang dari Lazada yang memberi 50% diskaun untuk produk ini atau dari 11Street untuk dapat promosi kain nappy.

Idea lampin yang boleh dibasuh bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda dalam jangka panjang tapi ia juga lebih sihat untuk kulit bayi semasa tidur.

3. Kumpul Tawaran E-Kupon (harga lebih murah!)

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak

Jenama lampin serta peruncit internet selalu menawarkan kupon istimewa untuk pembelian online.

Biasanya tawaran boleh didapati di platform yang mengongsi kod kupon.

Jadi, ibu bapa yang bijak boleh membandingkan harga asal di mana-mana kedai dengan kedai dalam talian.

Kod kupon selalunya buat harga lampin jadi lebih murah dari harga asal! Masa inilah untuk menyapu stok bagi simpanan berbulan-bulan.

Di samping itu, kod kupon atas talian akan tolak 20% dari jumlah bil, Jadi, lagi banyak duit anda boleh jimat!

4. Buat Pembelian Pukal Ketika Tawaran Flash

4 Tip Bagaimana Membeli Lampin Bayi Secara Bijak

Pembelian secara pukal lebih menjimatkan wang.

Tapi kalau anda beli ketika tawaran flash, lagi banyak anda jimat! Rajinkan diri scroll aplikasi shopping online seperti Shopee,Lazada dan 11street. Kak fara sendiri memang ‘kaki tegar’ aplikasi ni hehe.

Contohnya, ibu boleh berjimat hingga 50% apabila memilih untuk beli lampin bayi waktu jualan khas di mana-mana kedai online.

Ada jenama terkenal yang menawarkan tawaran kilat seperti AppleCrumbyAndFish.

Ibu hanya perlu rajin melayari maklumat dan sentiasa update dengan tawaran flash untuk tidak ketinggalan berjimat besar dengan lampin bayi .

Mari sama-sama kita praktikkan 4 cara ini untuk berjimat ketika membeli lampin!

Kak fara sendiri praktikkan 4 tip bagaimana membeli lampin bayi secara bijak. Sekarang zaman gawat, semua kena jimat taw!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *