4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi

4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi

4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi – Kalau anak nak kena cucuk, mesti si mommies yang lebih-lebih sedihnya. Bukan apa,kesiankan anak kena cucuk sebenarnya.

Tapi mahu atau tidak, kena redha dan tahan demi kebaikan anak. Imunisasi ni sangat penting ye mommies. Malah sangat membantu anak kita untuk membina antibodi bagi melawan jangkitan penyakit berjangkit.

Imunisasi adalah salah satu cara utama untuk mencegah sebarang penyakit.

Oleh sebab itu, bayi akan disuntik dengan imunisasi sebelum usianya masuk 1 tahun. Terdapat 9 jenis imunisasi yang wajib diberi kepada anak mommies semua.

4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi
Tapi kak fara tahu pasti ada mommies yang runsing bila tiba masa anak kena suntikan imunisasi.

Bimbang bila anak demam lepas kena cucuk.Tak pe,hari ni kak fara akan share macam mana mommies nak handle anak yang demam lepas kena cucuk. Cara ini disyorkan oleh doktor pakar.

Namun, sebelum mommies mempelajari 4 cara bagaimana jaga anak yang demam selepas suntikan imunisasi ini, mari ketahui apakah kesan-kesan selepas imunisasi.

Kesan sampingan suntikan imunisasi

Immunisation Scotland berkongsi kesan-kesan sampingan yang biasa terjadi selepas suntikan diberi. Antaranya ialah:

  • bengkak
  • kemerah-merahan
  • sedikit ketulan kecil yang keras.
  • demam

Maka, demam adalah kesan sampingan normal selepas suntikan. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk tidak terlalu risau.

Dr Roliza Ibrahim, seorang doktor pakar kanak-kanak di DEMC Specialist Hospital Shah Alam mengulas

“Demam yang dialami selepas suntikan adalah disebabkan oleh reaksi badan terhadap suntikan.”

Biasanya, kesan-kesan sampingan ini akan hilang dalam beberapa hari. Mereka akan meragam dalam tempoh 48 jam selepas suntikan. Jika mereka meragam, cuba:

  • tenangkan mereka
  • beri mereka minuman
  • bawa berjalan untuk hirup udara segar

Jika kawasan suntikan membengkak, demah dengan kain bersih selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.

4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi

4 Cara Bagaimana Jaga Anak Yang Demam Selepas Suntikan Imunisasi

Biasanya kanak-kanak memamg akan demam tapi tidak terlalu teruk.

Cuba lakukan perkara ini, jika si manja demam:

  1. Beri dia minum air yang banyak
  2. Jangan pakaikan mereka dengan pakaian tebal.
  3. Matikan pemanas haba dalam rumah
  4. Memberi makan ubat demam

Mommies tidak perlu memandikan mereka dengan air sejuk atau menyapu badan mereka.

Dr Roliza menyarankan ibu bapa memberi ubat demam kepada anak 4 jam sebelum suntikan diberi. Mommies boleh memberi lagi ubat demam selepas itu.

Pemberian ubat demam bergantung kepada usia anak anda.

Jangan terlebih memberi ubat atau memberi ubat aspirin pula! Bahaya itu. Jika tidak pasti berapa dos ubat demam harus diberikan kepada mereka, cuba baca pautan pdf ini.

Demam bukan bermaksud anak mommies menghidapi penyakit serius. Sebenarnya, demam membantu sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Akan tetapi, menurut NPS Medicine Wise, dapatkan nasihat doktor pakar jika si manja menunjukkan tanda-tanda berikut selepas demam:

  • berusia bawah daripada 6 bulan
  • demam lebih dari 2 hari
  • masalah menelan makanan/cecair
  • masalah pernafasan
  • leher seakan tegang
  • cahaya menyakitkan mata mereka
  • ada benjolan pada kepala bayi
  • terlebih mengantuk

Kak fara harap mommies boleh faham kenapa kerajaan mewajibkan pengambilan imunisasi untuk anak kita.

Bukan untuk menyakiti,tetapi sebagai persediaan sekiranya anak kita terdedah dengan jangkitan merbahaya. Semoga perkongsian 4 cara bagaimana jaga anak yang demam selepas suntikan imunisasi ini membantu persediaan mommies akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *