Fesyen Baju Raya Ibu Mengandung 2020

Fesyen Baju Raya Ibu Mengandung 2020

Sudah masuk pun bulan Rejab, hanya tinggal kurang 2 bulan kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya ibu mengandung lebih gemar shopping awal sebelum Ramadan.

Sejak Februari lagi Furby Moms sudah pun lancarkan 12 koleksi raya ibu mengandung dan lebih 60 colour daripada pelbagai material. Kami tampilkan kurung mengandung, dress mengandung dan menyusu serta kaftan. Harga bermula daripada RM149 sehingga RM400.

Kami terpanggil untuk membantu ibu mengandung tampil cantik bergaya kerana kebanyakkan ibu mengandung merasa kurang berkeyakinan untuk bergaya apatah lagiberfesyen. Ini kerana faktor perubahan bentuk fizikal kerana kenaikan berat badan yang banyak menjadi faktor utama mereka kurang yakin untuk bergaya.

Walaupun mengandung, anda wajib tampil yakin dan cantik dikhalayak ramai. Ditambah pula 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan Syawal, maka ibu mengandung selalunya menjadi tumpuan ramai. Apatah lagi anda  sedang mengandung anak sulung. Bukan sahaja ibu yang rasa teruja bahkan sanak saudara dan rakan taulan juga .

Furby Moms adalah jenama khusus yang mempunyai kepakaran dalam mereka koleksi baju khas untuk ibu mengandung. Maka semua koleksi kami mempunyai ciri-ciri sokongan pada perut yang boleh dilaras sehingga 9 bulan. Pereka fesyen kami sangat memahami masalah bentuk fizikal ibu mengandung. Maka dengan itu rekaan yang dihasilkan adalah merujuk kepada bentuk tubuh ibu mengandung.

Tahun 2020 ini, kami pelbagaikan penggunaan fabrik antaranya satin premium , heavy crepe, lace , chiffon,  thai silk dan raw silk. Ini kerana ingin tampil berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Setiap koleksi yang dihasilkan adalah sangat terhad. Jom lihat 12 koleksi baju kurung mengandung untuk Lebaran 2020.

Kaftan

Halimma Maternity & Nursing Kaftan

Kaftan Maternity/Nursing daripada fabric Satin premium yang sangat sesuai utk ibu mengandund dan menyusu. Potongan v dihadapan menampak ilusi kurus dan tinggi kepada si pemakai.

Dress

HAWWA DRESS MATERNITY & NURSING

Ia seakan nampak seperti memakai blouse dan skirt tetapi ia adalah dress satin potongan di pinggang dan lengan belon yang menjadi trend terkini. Sesuai untuk si penggemar dress/ ibu mengandung /ibu menyusu

CAMMELIA MATENITY & NURSING DRESS

Dress satin potongan di pinggan dengan corak bunga di badan dan bawah pinggan. Sesuai untuk si penggemar dress/ ibu mengandung /ibu menyusu . Fabric satin ekslusif ini sangat lembut serta sejuk. Kami yakin anda tidak akan dapat corak ini di mana-mana butik di luar.

SAQEENA MATERNITY & NURSING DRESS

Dress lace bersulam warna bersama chiffon potongan princess cut.  Sesuai untuk si penggemar dress/ ibu mengandung /ibu menyusu. Sangat selesa untuk dipakai ketika dimajlis keraian, majlis formal atau untuk beraya.

HANNA MATERNITY & NURSING DRESS

Dress crepe bercorak dengan potongan flare memberi lebih keselesaan kepada ibu mengandung. Sesuai untuk ibu menyusu kerana bukaan menyusu dibahagian hadapan.

KURUNG

MEDINNA MATERNITY & NURSING KURUNG

Kurung ini adalah inspirasi klasik vintage 70an . Material thai silk dengan warna-warna gold menampak ia lebih klasik. Sesuai utk anda yang suka pada potongan longgar. Skirt berpotongan A -line serta bahagian perut mempunyai “belly support “ serta butang boleh laras sesuai di pakai sehingga 9 bulan. Sesuai utk ibu mengandung dan ibu Menyusu.

ISSABEL MATERNITY & NURSING KURUNG

Koleksi kurung premium untuk ibu-ibu muda yang mengandung tetapi gemar bergaya. Top daripada material French lace dan skirt potongan A line daripada material satin premium. Seperti biasa bahagian perut mempunyai “belly support “ serta butang boleh laras sesuai di pakai sehingga 9 bulan. Sesuai utk ibu mengandung dan ibu Menyusu.

LATIFFA MATERNITY & NURSING KURUNG

Koleksi ni direka khas utk ibu-ibu mengandung dan menyusu yang sukakan fesyen ringkas tetapi still mengikut trend terkini. Top daripada material satin embriodory dan skirt A line daripada material crepe

JAMEELA MATERNITY & NURSING KURUNG

Koleksi peplum ni adalah koleksi wajib untuk ibu mengandung. Top kurung daripada material raw silk dan skirt flair daripada material chiffon.

AMANDA MATERNITY & NURSING KURUNG

Koleksi boleh dipakai dengan 2 style. Untuk yang sukakan trendy fesyen boleh gayakan bersama tali pinggang dan bagi ibu-ibu yang sukakan gaya ringkas lebih suka gaya polos tanpa tali pinggang. Koleksi ini sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu.

LAILA MATERNITY & NURSING KURUNG

Koleksi wajib untuk ibu mengandung kerana designnya sangat praktikal dipakai sehingga 9 bulan. Koleksi ini praktikal juga untuk ibu menyusu kerana top kurung mempunyai ciri-ciri nursing selak. Daripada material crepe yang super selesa dan mudah gosok

ALARRA MATERNITY & NUSING KURUNG

Jadi, ibu-ibu dah boleh bincang dengan suami tema raya tahun ni. Mengandung bukan alasan kita tidak boleh bergaya di hari raya. Jom jadikan raya tahun 2020 ini satu memori indah . Baiklah, kami harap ibu-ibu semua suka dengan rekaan fesyen baju raya mengandung 2020 yang telah kami hasilkan.

Jom shopping baju raya ibu mengandung di www.furbymoms.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *